" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Saturday, December 31, 2011

hari terakhir 2011.

hello cun girls and hensem boys sekalian. ok gedik. ampunnn

hmmm, 31 DISEMBER dah rupanya. to be honest ,aku nak cakap, cepatnyaaaa masa berlalu. kalau nak ingat, banyak kot kenangan 2011. sedih gembira tahap dewa, terkejut and what-so-ever lah.  awal 2011 memang aku lepak buang masa goyang kaki kat umah. hehe. maklum laa lepasan SPM. yang penting, aku dah dapat lesen P. kau hadooo? hehe, berlagakk.

29 mei, mendaftarkan diri sebagai pelajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya and i can adopt here. but trustly i hate the syllabus. hahaha. trololol. but soon, i'll miss this right? hargai ape yang ade. tapiiii, banyak jugak pengalaman kat sini, and kelas aku majoriti lelaki- 16 lelaki 8 perempuan. cukuplah ambik 2 sorang. haha.jk. belajar kat asasi tak semudah yang di sangka, so to my brother, munir jangan kau memandai nak mintak PASUM nnti. kekeke


balik raya pagi dan sampai tengah malam. 15 hours on bus, ok. ni memang xleh lupa, haha what a memory ! aku dah tukar balik nama samaran- farah. so, hanan is available for naimians only. family,kawan sekolah rndah & asasi call me farah :) tp ade one guy dok panggil aku hanan, haihhh masalah betol ><


penghujung 2011 diuji dengan pemergian mengejut bapa saudara. al-fatihah. tapi aku dah redha. setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan kita. aku just berdoa, kazen2 aku tabah, i know the're strong enough to face this.


macam banyak idea nak tulis tapi tetibe blank. ehhhh, teruk btol. tapi kawan-kawan, lets move on. takyah nak menggedik nak buat azam baru kalau yang lepas punnnn tak tertunai. hehe. xpe, ni azam 2012- nak sempurnakan azam lepas. lol. ok2, juz kidding. buatlah azam baru. hijrah orang kate. btw, jom same2 tunaikan hak akhirat sane jugak ^^

really miss this. tudung labuh ><

Saturday, December 24, 2011

Al-fatihah.

pagi tadi aku dikejutkan dengan pemergian bapa saudara tersayang, Hj Muhammad bin Hj Mohd Daud yang juga merupakan ADUN TENDONG. moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 beriman. amiin


innalillahi wainna ilaihirojiun
.

hati aku nak balik sejak dulu lagi, kenapa aku tak ikut kata hati? aku tak beli pn tiket balik cuti ni. moga makcik aku, serta sepupu aku, fathi, baharudin, kamal, kamil, nuha & huda tabah mengahadapi ujian ini.


p/s: 12 miscalled & 3 message pagi tadi. nenek aku sempat berborak dgn arwah 2-3 jam sblm arwah tiada. alhamdulillah.

Tuesday, December 20, 2011

how to stop crying?

salam petang selasa readers sekalian :)
ini entry panjang...mampu nak baca?

tujuan menaip ni tidak lain tidak bukan, aku nak cakap, korang, semalam result sem 1 PASUM keluar !!!! hahaha. hancur luluh hati aku sebenarnya. cuba kawal riak sedih. aku tak mampu... aku tak mampu Ya Allah.  my tears keep rolling down. sampai bile? masyaAllah. teruknya aku. nampak sangat tak bersyukur.

sepatutnya ade 2 tests petang tu, nasib baik cancel, kalau tak aku tak boleh jawab punye. at first, aku tak tahu result dah keluar, tapi bile nak pegi makan, kaunter kat pejabat dah buka. masyaALLAH. hati aku dah tak keruan. makan nasi ayam tapi takde rase. can you imagine?

ok, one of my fren, hisham dah dapat tapi memang aku jangka die 4. a big cgrate for him. then bile aku dapat slip tu, ingat taknak tengok dulu tapi dah TERtengok. nasib baik tak rebah. kebetulan hisham ade area pejabat, paksa aku tunjuk result. tangan aku ketar, serius! ok, aku terima kenyataan ini. aku berjalan balik kolej tapi ibarat tak berpijak di bumi yang nyata (cehh). nak dekat sampai kolej, ya Allah, air mata nak keluar, farah, sila sabar. bilik dah dekat.

sampai bilik, aku rebah, ye, rebah atas katil. hehe. aku takde kekuatan nak bagitaw mak aku. kawan aku datang bilik and yeahhhh, anis got 3.89. air mata macam dah nak keluar tapi aku pujuk hati aku, then dia cakap "farah, awak ok". sori, mata aku dah tak boleh tahan. i need to cry. anis suruh aku kol mak aku tapi aku nak kol time die ade? sori laa.. tak lepas hati ni nak cakap kalau ade orang lain. tak selesa kot. lepas die keluar, aku kol. ok....maaaaaaaaa, akak mintak maaf. memang aku takleh tahan dah yang ni. mak aku pujuk, syukur laa aku xde fail. tapi hati manusia tak akan puas kan?

then, tetibe nak kol mirah, you know what, aku takleh cakap pun, menangis je, haha. truknyaa. lepas tu msg mak aku,




 saya sayang MAK saya.


aku menangis start pkul 2 lagi kot. haha. patut laa mata jadi bengkak. kekeke. hmmm, ni mungkin ramai keliling aku 4 rata. tahniah kimie, iin & azam.  tapi kimie ade bagi semagat, yeahhh classmate...

kimie teror... nnti ajar aku.


roomate aku balik kelas, aku sambung nangis lagi. Ya Allah, Ya Allah. janganlah kau tarik rezek ini. aku tahu aku tak bersyukur.. aku mula terima kenyataan, bahawa setiap ape yang berlaku ade hikmahnya kan?

aku tak cukup kuat kan? kenapa aku macam ni??? kamon farah, rezeki Allah luas.
guys, jangan jadi macam aku. heee.



p/s: jangan tanya aku berapa, kalau dah menangis teruk tu takkan 4 rata kan? sem 2 ade lagi kan? kenapa nak mengalah? bad result,but not bad enough to make me suicide. thanks PASUM, kau mengajar aku, betapa peritnya berada di bawah. tapi aku akan bangkit, INSYAALLAH.


peringat untuk diri sendiri : kejarlah kejayaan dunia, tapi akhirat jangan lupa. remind me when i am down. ajar aku nikmat hidup sebenar :) thanks mum and dad who always support me behind. moga Allah berkati hidup ini. amiin

Saturday, December 10, 2011

eclipse?

salam..
harini gerhana bulan kan? ruginyaa aku tak dapat tengok full. mengalami kesukaran sebab blok aku terlindung sikit. btw, this is what i get~


effect kamera semata-mata but i love this ! :)

ini dari kawan fb, 

telur berdiri tegak.

and this is from planetarium negara..



SUBHANALLAH. kuasa tuhan. :)







Saturday, December 3, 2011

kahwin awal?

salam.
hello & hye !
haha. its weekend already and i just lepak-ing in my room. takde mood nak g wayang eventhough ramai yang ajak pi tengok ombak rindu. wuuuu. best ke? lagipun mak dah pesan jangan tengok wayang sangat *mendengar kata*. mesti ramai yang pergi date nih kan? haha.

sejak kebelakangan ni, aku tengok ramai glerrr kot kahwin awal. hmmm, maybe sebab aku baru jumpa link2 blog yang most of them nikah mase umur 19 !


haha. don't misunderstood. it's not me lah. my roomate. bagi aku, aku tak pernah fikir nak kahwin awal. seriously ! ( pakwe pn xde ade hati nak kawen. hihi) . since form 1, aku duduk hostel. so, aku fikir, lepas ni aku nak spend time with family dulu laa. hahaha. (suka hati laa nak cakap ape)

hmmm, cuba check link ni. http://myraluvherlife.blogspot.com. umur 19 dah kahwin. 6 tahun bercinta kottttt. and alhamdulillah, dorang bahagia :D

juga blog ini http://ariana-solahuddin.blogspot.com. memang amazing gila hidup dia. gua tak tipu sama lu lah. haha. aku respect and tabik spring ah kat dia. syukur, dia dapat hidayah Allah. realiti ! blog macam jalan cerita novel. >.<

tak salah kahwin awal, means dorg dah matured kan nak galas tanggungjawab bagai. yang penting, dorang dah istikharah, minta petunjuk Allah dan dapat restu parents.

okay, sila blogwalking sekarang jika tak percaya ! XD


p/s: sapo2 nak kawen tu ajok aku weihhh. haha

Thursday, December 1, 2011

don't let me down.

salam..
hello december :)

this week, aku tersenarai antara orang yang perlu attend kelas 'teeeeeettt' for algebra & calculus. means aku dapat markah yang rendah agaknya. what a bad ! silently, i cry and cry and cry. sampai bile aku nak bagi parents aku tersenyum. ohhh farah.


kekadang, time study atau buat tutorial pun aku boleh nangis teringatkan benda ni. how weak i am T.T..i keep motivate by myself. stay strong tp mata aku xleh tahan. i need someone that can understand my feeling right now and yeahhh, i have strong enough to face this. aku redha ! aku redha !




"wahai masalah,aku kuat kerna aku ada allah maha besar"
-credit to k.aimi-

Sunday, November 20, 2011

new sem, new hope !

salam semua..

Alhamdulillah, esok bakal bergelar pelajar semester 2 PASUM :) hope aku lebih rajin lepas ni.
semakin rajin. yeahhhhh! for my family, for my parents, for my degree and of course for my future. masihkah ade harapan untuk mendapat tajaan JPA? without burden my parents during my degree year. sekarang ni pun aku cukup kesian tengok ma,abah aku. haihhhh.  masihkah ade peluang untuk mendapat 4 rata?insyaAllah, Allah akan tolong. permudahkan urusanku, semoga kebahagiaan itu menjadi realiti -..-



arghhh. still thinking what i am going to take next year? engineering? mathematics? physics? MEDIC? hahaha.
ape2 pun let's finish my sem 2 first. hihi.

so, hello sem 2 ;


calculus & algebra
statistic & probability
engineering math
chemistry 3
chemistry 4
physics 3
physics 4
computer science 2
english 2


do pray the best for me dear :) you too, good luck !

Friday, November 4, 2011

SEM 1 :)

ahhhhhhh. lega.

masih tak percaya. dah tamat sem 1 ? mak aihh, rase semalam baru daftar. and final exam? alhmadulillah except for chemi & algebra serta calculus. haha. banyak betol. next sem, insyaALLAH will be better. malam esok balik dan paginya raya. uwaaaa. nk balik!!!






Tuesday, October 11, 2011

FINAL?

final exam is around the corner.
24.10. 2011
do pray for me guys. wish me luck.
4 FLAT :))

[ my body is shaking when i'm not able to aswer the calculus past year exam. lol ]



btw, MUET speaking test on 19. 10 ~



GOOD LUCK :
group D3
budak2 pasum
geng2 kelate
8 siblings XD

Saturday, September 24, 2011

i miss my family :)


first time pakai shawl xD

btw,  FINAL is my goal now ! do pray for me.

Friday, August 26, 2011

midsem?

tadi i got my midsem result. goshhhh. damn. OMG.
memang spoil mood raya lah kan. great...
ade yang suka ade yang sedih. 


ak siap cakap cmni.
" arghhh, taknak ! xde mood. nak balik !!! "
then kimi ask me, "farah hanan, dapat bape? "
hmmmm. dia faham kot, dia pn xleh kn same dengan ape yg di target. woaaa
and satu je nasihat " dapat result gempak jangan nak bangga lah sangat kan "=,='


my senior, fadzhil. thanx yaw! kental2 !

  • y pentg slgi ade usaha Allah kasi jln.
  • bukn nk kte aku kuat agma tp memg da jnji allah kn..
  • klu ade usha, memg Allah akn kasi rezeki
  • insyaallah

    terima kasih !!! senior aku memang baik :)

    yang dapat 4.00. cgrate. beraya lah dengan aman .

    pp zeo, pp aliyah, n my bro. thnx2 bg nasihat. final target kita !


    abah & ma, bagi kakak mase. thnx for supporting me. both of you are awesome !


Thursday, August 25, 2011

iftar wif groupmate :)

23 ramadhan.
iftar bersama budak group tutorial. 6 perempuan & 12 lelaki. nice memory :)
4 lelaki & 2 ppuan xdpt join.. ( fadzli, syamir, kimi, farid, najla, syikin )
pizza hut, KLCC :)

my group :)

the girls.

boysss.

korang memang best !!


e-one. hilmi. amar. fakhrul. faez. iin. oss. farhan. hassan. safwan.
 kimi. farid. fadzli. syamir. azam. ikram
farah. marsella. anis. nadia. aziemah. ain

enjoy~~ D3 terbaik !!


p/s : kelas aku memang majoriti lelaki. i'm a physical student :)

Monday, August 22, 2011

masjid jamek?

suddenly jmpa IS kt c2. hik3.

last minute shopping at jalan TAR + masjid jamek sangat penat !
konklusi : aku takde baju raye + kasut raya? -,-

27 hb, cepatlaaa datang !

Saturday, August 13, 2011

shopping?

hari ni nak pergi jalan TAR ! hehe
thank to sepupu roomate aku sebab sudi nak bawak ktorang :S


oh yaa, sepatutnya pkul 11-1 ade kelas stress management untuk budak fizikal tp aku join budak hayat, pkul 8.30-10.30. cooool right? haha


semalam berbuka puasa n tidur kat umah nadiah, one of my ex-schoolmate yg study kat pasum jugak. Bandar Sri Damansara. thanks a lot ! aku makin rindu kelantan :D


fatin, amal, anies... lets enjoy today! tutorial kte skip dlu !! hahaha

Monday, August 8, 2011

miss home already T.T

1-5 0gos - midsem exam

hari ni 8 ogos, means dh masuk hari ke 8 puase. saya rindu rumah :((( rase dah tak semangat nak study. oh mama, abah !!! i miss them. * apasal tibe2 lak aku homesick ni. semalam kol mak, rase dah sebak T.T mak pun macam sedih aku bagitaw hari2 makan ulang makan lauk yang same.

sabtu n ahad balik umah sedara roomate aku. at least dapat release tension lepas abis exam. yeahh, balik raya 27/8 pg sebab yang hari jumaat dah sold out. cepatlaaaa, nak balik !!!



APE2 PUN AKU KENE GET READY. FINAL DAH DEKAT. DO PRAY FOR ME GUYS :)

Friday, July 15, 2011

it's weekend!
and aku dapat merasakan betapa semputnya aku lepas ni...
weekend aku padat dengan BUAT TUTORIAL je. what a life !! :(

Alhamdulillah, i got full mark 4 comp sc test, highest mark in class four chemistry tutorial, 23/25 for algebra. 
trus terbayang parents kat umah.
note : ni baru test 1. Its will be harder. yeahhh. do pray for me guys! ;)


tutooooooooooorial. apesal byk sgt?

Wednesday, July 6, 2011

sabarrrr!

experiment chemi aku yang hampeh! :(
sumpah nak study leklok pasni.
ya Allah , tolong lah aku. be strong!

thnx to my lab-partner, firdaus, ak terhutang budi...
kalau dia x tolong, sure ak balik lmbat kot. tq2. may Allah bless u ;))

Sunday, July 3, 2011

stress melampau!

first time kot rase nak menangis.
stress sangat2.
ak xleh solve algebra!
mase tidur yang agak singkat.
test setiap minggu.
lab report bagai!

and i admit that
its PASUM dear! T_T

Wednesday, June 29, 2011

group D & amali kimianya ;)

Assalamualaikum,

fuhhhh, penat den, baru bali dari lab kotttt. amali kimia 4 da 1st time utk semester 1 ni, kat makmal kimia jepun, UM :) totally nak cakap, thank you guysssss. haha. korang sporting kot. tak, maksud aku, apesal eh aku kene duduk kat meja yang ramai lelaki. fuhhh, siyes cakap agak segan tp dorang best. thnx 2 bdk sebelah aku tolong tadi~

minggu ni agak penat + letih.

minggu depan : test calculus, sc comp, fizik, chemi... arghhhh. perlu ke? doakan aku, tutorial 1st chemi aku dpt 6.5/10 jer kot hahaha.

Friday, June 24, 2011

group tutorial D3 & physical members!

asslamualaikun,

currently alone kat bilik as my roomate ade kelas. hua3.okay, minggu ni or starting by 20 june ktorang dh dibahagikan kepada kumpulan kecil. aku group D3 okeh! means english aku x ok? haha. whatever yang penting aku hepi and anis syafiqah, anak kwn mak aku dapat skali. yeahh. aku dan die je bdak klate n laki sorang, the rest ramai selangor . duuhhhhh -..-

and one more, aku bangga jadi budak fizikal. haha. bukan bangga ape, mostly budak ppuan hayat kan. hmmm. pesal ttbe xde ide ni. okeh, trustly, kelas fizikal memang budak laki conquer -..- duduk sebelah budak laki, depan budak laki and belakang poonnn budak laki adalah normal. kekadang aku rase janggal la wehh. dulu sekolah sejenis jerr..

D3 members pun majoriti lelaki. hailohhh. 17 lelaki n 7 perempuan. what a ______. tmbah satu 1 ppuan bdk 2nd intake. memang akan rapat lah kot ktorang ber-8. haha.


okey, aku kering idea sejak mengadap tutorial jer. Ya Allah , berikanlah aku kekuatan . insyaAllah, aku akan terussss berusaha. till then, doakan aku kawan2 ! ;)

Sunday, June 19, 2011

perfect man! ;)

Assalamualaikum,

macam dah lame tak menulis kat cni ;) trustly ak betol2 bz with tutorial itu ini. Pasum life; must be tough!! tp ak smpat lagi on9 eh. haha. semalam (khamis) ktorang bertiga, fatin arina n amalina najmuddin kononnye laa nak berjogging haha. about 20 minutes kot lps jog, ktorang patah balik, sebab takut sesat. kekeke. tp ktorang heading to pintu keluar PJ. pasar malam! macam hape ntah jalan jer.. kalau mak aku tahuuuu. haha. sebab ak lintas highway lagi nak ke pasar malam kg.kerinchi. dpn lrt universiti. dasyatt ah. perempuan jer mase tu :D

ok, dah tersasar jauh.....

sebenarnya nak cerita bout today, HAPPY FATHER'S DAY ABAH! you are the greatest man fo me ! T_T. kali ni wish dari KL. anak abah dah masuk universiti la :p :p

semua kenangan dengan abah aku mencurah-curah dalam otak ni. sebak. abah, I MISS YOU. 

selain mak, abah orang yang support aku dari belakang. thats for sure! ahhh, tak perlu cakap banyak, yang penting SAYA SAYANG ABAH! 

* abah, nt kak tebus balik spm dulu dengan 4 flat. insyaAllah. amiin. semoga Allah panjang umur abah untuk melihat kejayaan ku kelak. ;)

* kepada kawan2 yang kurang bernasib baik, sedekahkanlah Al-fatihah kepada mereka, tanda kita mengingatinya. semoga roh-Nya dicucuri rahmat. amiin.

Wednesday, June 15, 2011

tolong bagi motivasi kat aku boleh?

YA ALLAH, KUATKAN AKU -___-

pasum life ; MUST BE TOUGH !! 

go farah go! 

Sunday, June 12, 2011

new life -___-

Assalamualaikum,

currently at kk12. (kolej kediaman ke 12)

tak sangka, akhirnye ak decide nak masuk PASUM gak! kolej kediaman Raja Dr. Nazrin Shah. Universiti Malaya. nothing interesting bout my life tapi aku boleh cakap. agak hepi kat cni ! minggu haluansiswa a.k.a orientasi agak padat tapi enjoy! 1st week start blaja agak hectic even jadual tak pack lg. haha. baru nak biasakan diri. demam+batuk jd penghalang ~ :( sabor jelah. 


sel 38 :)


i'm the one yg tetap pendirian nak ambik sains fizikal. fuhh. 3 lagi hayat! aku takde rmai sgt kwn budak fizikal. sedih doe! hope jmpe nanti. budak fizikal yg perempuan juz 1/3 jer. laki conquer weh!

yang penting aku dah mengelak dari subjek biology. wallaweh. tak sangke lak. to my mum, sorry.. nt degree nak amik medicine tak kesampaian kut. tp yang penting, look forwards. i'll give my very best to you ma !!! ade rezeki 4 flat. insyaAllah. i'll struggle for it. huuu. sedih lak ingat harapan mak ni T_T. tears >,<

ape yang aku belajar skrg ;
      algebra & geometry
      vector
      chemistry
      physics
      computer sciences
      calculus

sem 2:
      MATEMATIK KEJURUTERAAN :)


banyak yang related to mathematics. fizikal kan. and i'm loving it and try to LOVE it !


Butterflies don't know the coloUr of their wings, but human eyes know how beautiful they are. Likewise, you may not be able to see how good you are, but others will still you as special. :-)



p/s : ak taktaw aku merepek ape nih ! haha. otak berkarat nak post. nway, do pray for my success here. amin ya robbal alamin...




Saturday, June 4, 2011

memorable ; MINGGU HALUANSISWA PASUM 2011/2012

Assalamualaikum,

fuhhh. dah seminggu rupanya aku kat Pasum -____- first time datang sini siyes berdebar. kah3. tak2. tipu je. aku tengok ramai gilerr kot orang mase daftar tu. mak aihh. ok, isi borang dan kene daftar sendiri. aku ingat lagi mase tu , pp echah, tegas kott. haha

aku sebilik dengan fatin arina jer, kawan satu sekolah dulu, walaupun dlu tak rapat, lantak ah, roomate kelantan gak. haha. (ni bukan assabiyah eh :p) day first agak berasap telinga. tahan jer lah. biro disiplin garang wooo. haha. tp watlekk jer. orientasi kan. tahann.

MHS start 29 mei- 3 jun.

setelah seminggu, aku boleh bagi a BIG clap sambil mata berair. haha. bestt siott kot MHS pasum. siyes tak tipu.

banyak bende baru aku blaja sepanjang seminggu ni. huhu. tarian/senaman sambil pasang lagu (shi shua shua, ultraman, doraemon,baby ), sub kolej ( jong2 inai, wika wika, sore loser, who say, sakit paha), explorace kul 1 pagi sampai subuh. hahaha. memorable glerr. tapi yang penting, ktorang kene BANG BANG BOOM. haha. real nih. tak tipu. nanti tengok kat tv3 eh. haha. giler bengang laa jugak malam tu. ceh! takpe2, kte bagi chance!

mase ni ramai jer yang famous ; auuummm, 3,4, OUT, huda.

PP Aliyah bestttt! aku dapat taw dia asasi sc fizikal ni hepi kot. blh r die kongsi pengalaman an. ahha. susah nk jumpat dak fizikal cni. asyik2 hayat jer kot. hihi

ok, malas cte panjang2. ni gune wifi UM weh. freeeee. ahaha. btw, cgrate and tq to sume pp ~ terbaik woooot.


Thursday, May 26, 2011

good luck girlfriends~

Assalamualaikum,

tak mau bebel panjang2 sebab barang2 aku satu pun tak packing lagi sebenarnya. haha. haihhhh. asal nk simpan je, ngantuk and what-so-ever penyakit malas tu datang. tak spirit langsung ! sepatutnya dah kene berubah. get ready untuk 4 flat kan. kah3. berangan. insyaAllah, rezeki ade. esok dah bertolak ke KL and 29 mei, ahad...jeng3. dah mendaftarkan diri di PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA. berdeborr ade gak. yang tu semestinya . dah laa takde kawan same skolah sangat kat situ. sabor je lahh.


 skang tengah rajin nak update pasal kawan2 ;

amalina nasir ~ UIA ; kejuruteraan dan sains komputer
hasbie bukhori ~ UIA ; kejuruteraan dan sains komputer
hidayatul nadhirah ~ UIA ; kejurueraan dan sains komputer
aini tasnim ~ UIA ; kejuruteraan dan sains komputer
amirah hassan ~ USIM ; tamhidi sains dan teknologi
amiera balqis ~ USIM ; tamhidi sains dan teknologi
hannan dani ~ USIM ; tamhidi sains dan teknologi
edrina fazleen ~ UiTM (b.mertajam) ; asasi sains
fatin nabihah  ~ UiTM (b.mertajam) ; asasi sains
nik nurul najihah ~ UiTM (p. alam) ; asasi kejuruteraan

naddy ; tesl ipg 
hafsah ; tesl ipg

* banyak lagi yang ingat tapi masa suntuk dear, sori2. nati upd8 utk satu batch . (macam org nak tahu sgt) haha.

btw, kawan, dooakn kejayaan bersama! insyaAllah. rezeki Allah yang bagi. kita hanya perlu berdoa da terus berdoa. KITA MERANCANG DAN ALLAH YANG MENENTUKAN.  batch 0610 naimians mantapppp! :D

pray 4 me too.


Tuesday, May 17, 2011

SEMANGAT!

Assalamualaikum,




i should say, THANKS ABANG IZUAN. ok, abg izuan one of my fasi mase skspm dlu. kem kecemerlangan. and he's a medic student okayy.

naik semangat bila dia bagi kata2 perangsaan, ye, amat berguna for me. ak memang a lil bit sedih ah bile cepten tolak pasum. nway, i'm hepi 4 her as she got engineering in germany. good for her! cgrate c10 !


di sini saya berjanji, akan belajar bersungguh-sungguh dan insyaAllah, 4 flat is mine! ok, sangat kagum dengan abg izuan ye! tak boleh dinafikan! insyaAllah, sains fizikal !!!


p/s: sori, manglish! haha

p/s: again, doakan saya. i know pasum tougher than matriks (almost senior yang cakap) but, insyaAllah, i will ! amiin2

Tuesday, May 10, 2011

pilihan terbaik saya?

PASUM 

atau

MATRIK

yes. totally, aku susah nak buat keputusan sendiri. aku tak tahu nak buat keputusan yang tepat apetah lagi ini boleh menyumbang sedikit sebanyak peratusan untuk karier aku nanti. *ceeyh ayat.* terima PASUM? means aku akan cakap " bye2 bio". walaupun senior pasum cakap kita boleh buat permohonan untuk menukar kos, mybe aku tak. dan tak akan kot. MUNGKIN. otak aku serabut gilerr kot fikir hal ni. dush3. YA ALLAH, BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA HAMBAMU INI. istikharah, jalan terbaik. parents aku sokong ape jua keputusan aku. T_T.


tengah memikirkan, camne agaknya nanti nasib aku. hmmmmm. masih ada masa untuk berfikir. mostly suruh aku pergi PASUM. tapi tengoklah. insyaAllah. moga ini yang terbaik! amiin

Monday, May 9, 2011

LOSER

BILA SAYA KELIRU, SAYA TAIP KAT SINI. TAPI, NAK TAIP PUN, FIKIR 2 3 KALI kowtttt. YEAHHH, I AM LOSER ! TAPI KALI NI BETUL2 KELIRU, TERPAKSA TANYA PENDAPAT JUGAK. (kalau ada yang sudi)


KALAU ANDA DITAWARKAN PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA (PASUM) & KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, mane korang pilih?
kalau boleh, nyatakan sebab~

trustly, SPM saya tak ok yer. cukup2 makan orang kate.dan saya tak berbangga pun dapat pasum. yeahh, mesti orang cakap, pasum je punn. go on jelah. sedih okayy. tapi rilaxx ah. nak luah kat sape je kan.


semua orang duk kate " rezeki ko laa tu dapat UM" ha'ah, syukur, alhamdulillah. tapi ayat2 annoying pun takleh elak. ye, aku tahu spm aku brape je punn. memang pasum untuk top scorer mase skolah menengah eh?
tsk tsk. harap aku boleh adapt dengan environment sane (if memang konfem um)


arghhh. aku tak patut dengar ayat2 annoying gitu. REZEKI ALLAH. aku tak mintak pun yang tu. maksudya , UM aku dah letak pilihan ke-5, nak bagi ruang dekat universiti yang aku rase insyaAllah boleh dapat. tapi sape boleh lawan QADA' DAN QADAR-NYA?

terima kasih ma, abah, abang dan adik2 serta kawan2 yang keep give me suport. I LOVE U. insyaAllah, saya akan struggle hard even maybe 90% pasum adalah budak2 cemerlang. doakan saya T_T


p/s: emosi tak stabil. sekejap SAYA, sekejap AKU. hee

p/s: orang kate exam pasum susah. erkkk. haihhh, KUAT SEMANGAT!!!!!

yang dapat UIA,UiTM,USIM and what-so-ever... cgrate, yang tak dapat, jangan sedih, sebab, kita yang merancang, Allah menentukan. so, berdoa dan terus berdoa, kerana rezeki itu dari Allah. ( peringatan untuk diri sendiri jugak )

:(

Saturday, May 7, 2011

UM !

Assalamualaikum,



okay, speechless. tak taw nak cakap ape but still can say, ALHAMDULILLAH. tak penah jangka yang ini. PASUM pilihan ke-5 okayy. lagipun ak mtk sc hayat not physical . lepas dapat spm result yang macam-ntah-pape tu, aku yakin tak dapat punyee UM. (ceewah, yakin tu) tapi sekarang nak cakap ape lagi ye? SYUKUR laa. rezeki Allah siapa tahuu? right?

my friends yang tak dapat, jangan sedih. la tahzan, innallahamaana. sebab orang yang dapat pun tak tahu nasib dia camne nt. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita =)

so, camne nii. apesal aku ni susah sangat nak buat keputusan. arghh. skali c10. hye c10 ! haha. insyaAllah, kalau xde pape, hello PASUM  :D


p/s: takut wehh nak survive camne nt T_T

p/s: ak apply semua sc hayat tp last2 got physical. not in my list. aku percaya, ade hikmah semuanya ;)

Thursday, April 28, 2011

MATRIK ?

Assalamualaikum,

hari ni 28 april, means hari untuk check matrik :D  so, korang dapat katne? 


haha. i got NEGERI SEMBILAN. tak ponah eh den trpikir nak ke sane. nampaknya dapat negeri kelahiran nabil n si kembar aidil and zaquan lah eh? hahaha * xde kaitan langsung. btw, aku mane ade sedara pun kat sane T_T. (dlu beriya nk g kmpp macam laa ade sdare kat sane ) hee. nevermind, macam comfirm gituwww nk pergi. haha


juz nak cakap, giler ramai ah batch aku dapat n9. ape kejadahnye. dah laa rmai senasib macam aku. TAKDE DALAM 3 PILIHAN, TAPI DAPAT TEMPAT LAIN. dulu apply penang, kedah, perak. (konon2 dekat nak balik kot) last2 n9 den dapat. hihi. btw, syukur laa. Alhamdulillah. yang tak dapat jangan risau, boleh buat rayuan lagi ;)


antara naimians yang dapat nogori jugak ; naddy, mc qist, mirah, ghah, amalina nasir, sakinah (mc'sakk), syahirah abu sufian, amani, piya, cty, alia aqila (popo), farah UL, nida, kemma, aiqa, nisreen, zaraa, pkohh

okei, dah tak larat nak list. haha


p/s : kazen aku dapat perlis ~


Tuesday, April 26, 2011

grrrr..

buruk giler background. haha #adeakukesah.


sebenarnya, tadi pakcik ajar kete tu datang, amik lesen sebab nak renew. tu laa. sape suruh lambatkan test. cisss. dia tanye mane "RM 35" ceh3. bayar sdiri r ! aiiii.. mane ade duit, mak bapak aku keje la skang. nasib pakcik tu dah tua. kesian kan. haha.

the point is, SUSAH AH DAPAT CIKGU GINI. DAH HAMPIR2 4 BULAN AKU TUNGGU. memang laa silap aku tak pass dulu. MASALAHNYE SKRANG, DIE YANG LAMBAT DAFTAR UNTUK REPEAT TU APASAL !!! SELALU JER TUNDA, TUNDA, POSPONE, TUNDA ! grrrrrrr. ok, sabar jelah. nak marah tak gune.!

Sunday, April 24, 2011

setelah 5 tahun...

Assalamualaikum,

23042011

jangan tanye aku yang mane. haha

malas nak taip panjang.
* pergi kfc. (p.mas je) my hometown ! haha. lebih private kalau nak 'galok' :p

* 7 of us. kami semua prefect otai mase primary school. hehe.nak ajak ramai lagi tapi tak sudi kan, biarkan. wt lekkk. haha

* ( aku secretary prefect mase skolah rndah weh ) haha. cmne laa ckgu boleh pilih aku. lalalala~ :D

* me, ferra ardilla, aini izzati, nor aziawati, batrisya, asma' rabihah, siti mariyah. we rockkk ! haha ( moga dapat ketemu lagi ) miss u all !

*  masih menggunakan saya-awak dengan kawan2 sekolah rndah. hihi. maklum laa.. dulu kecik lagi ~

  

*  jalan2 kat pasar. 

* asma n ferra ni twin sejati. haha. kan2 asma . wekk :D ( comel laa baju awk ) 
 errr, xpe2 xyah faham ayat ni 



geng merempit 21/4 yg lepas
rugi xamik gmba dgn moto sbg bukti. hee


$ mostly kawan aku ni cemerlang ah SPM diorang ( xmacam aku ). huhu. cgrate korang !

$ good luck kat sape2 nak temuduga nanti (azie, ferra)

$ to aini " kalau saya tak dapat JPA, saya tak ditakdirkan jadi doktor ". tokleh gituuww. pakat doh kae nak bkk klinik skali. hahaha :p




konklusi :


.I LOVE BATCH 2005 SKBS.



P/S: naimians batch 2010 jugakkk :D


p/s: sori azie, kube umah awk ! hihi
SCRABBLE !


gambar: credit to asma & ferra! thanks guys ! you make my day ^_^

Tuesday, April 19, 2011

dilemma lagi !

Assalamualaikum. Alhamdulillah, anda layak untuk ke Mesir. surat tawaran dan lain2 yang berkaitan sedang dalam proses utuk diposkan kepada anda. Tahniah!



WHAT SHOULD I DO? BETOL2 TERTEKAN. TAKUT NAK BUAT KEPUTUSAN. *come on laa farah! dah 18 tahun ok!* semoga dapat petunjuk ke arah kebaikan. amiin.


p/s: medic plak tu. mesir. 6 tahun ! tsk. tsk

Sunday, April 17, 2011

oficially 8teen !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, today, oficially 8teen. nampak tak perkataan teen tu? teen tu maksud ape? ye, remaja. so, remaja means tak tua lagi. gahahaha. aku dah start merepek. sorry :D


Alhamdulillah, Allah panjangkan umur aku sampai 18 tahun ni. semoga panjang umur murah rezeki ( ayat common mase birthday ) semoga Allah melimpahkan rezeki pada hamba-Nya ini. limpahan kasih sayang, kejayaan dalam pelajaran, peluang kerjaya yang baik, serta kesihatan  aku dan semua yang baik2. insyaALLAH....>,<

takde ape yang special bout my birthday tahun ni . zaman sekolah dah berakhir. frankly speaking, aku rindu zaman sekolah. uwaaa. i miss naimians. sebenarnya i really miss hostel life. life kat hostel yang ajar aku jadi friendly, close to friends, discipline and what-so-ever. asalkan namenya hostel, i consider as sesuatu yang best. ( walaupun dulu selalu homesick nak balik umah ) hahaha. tension study lah wei, bukan ngade nak homesick xD


hmm. miss sambut birthday ngan kwn2  dulu. even aku punya geng tak lah segempak mane pun kan, tapi kenangan manis tu berlambak-lambak orang kate, haha. tq friends yang bagi kenangan tu kat aku. love you ! truely madly deeply lah ! haha



so, wish aku untuk diri sdiri sempena birthday ni, ehem ;

# hope aku lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. since tengah tunggu upu & maktab ni, so, harap dapat buat pilihan yang tepat :D

# bout tawaran mesir tu, aku tak berani nak terima sebab i think my result is tooooo low nak amik medic. tapi mak cakap " apsal org yang lg rndah ok jer amik medic" erkkk, ye2, nanti saya pikir =,='

# nak tebus balik kekecewaan mase spm. sampai aku menangis teresak-esak tu. haha. pray 4 me ! hope i can achieve what i want in my life ! chaiyokkk farah . hihi

hmmm,ape lagi eh,
# kawan2, cepatlaa bagi hadiah tuu. haha :p ( ini serius! )


err, macam skema lak wish camtu. apepun, tQ for all the wishes kat fb tu . really apreciate it ! coooooool~



Friday, April 15, 2011

MESIR.....should i ?

Assalamualaikum,


hello...masalah datang lagi ! hadoii, penat ah cenggini. kelmarin. dapat satu msg . tittt tiitt . from 019373 **** 


Assalamualaiku,permohonan pengajian anda ke Mesir sedang diproses. pelajar dan ibubapa dijemput untuk menghadiri taklimat pengajian ke Mesir pada 15 april 2011 ( jumaat) 10am-12pm di dewan masjid kompleks Al-Hikmah, Tanjung Mas, Jln pengkalan Chepa. keterangan lanjut rujuk http://www.aqm.my/ 


sejak bila aku apply ni? haha. memang aku ade tekan link tu... tapi mase nak send borang, takleh. aku trus blah..las2 dapat msg cmni. hmmm. mungkin ade hikmah. parents aku nampak excited.


**5 minit selepas tu..dapat msg lagi...


abah aku ! msg yang sama spt di atas. nampak tak abah aku spirit glerr tu. sampai aku dapat tau dia forward jugak dekat mak aku. nasib baik dia tak forward kat sume family aku. kot2 nak suruh bagi moral support. go ! go ! farah ! jadik doktor ! hahahaha. hiperbola melampau tuh !


bukan nak riak mahupun demand ape, result aku tak gempak malah tak sebagus abang aku. ( ye, buat perbandingan supaya aku lebih motivated lepas ni ! ) kalau aku terima pun kene guna perbelanjaan sdiri dulu ! mane nak cari duit? gadai tanah ke ape. tapi ayat abah aku ni, dengar.....



duit boleh cari. ilmu tu kita nak. orang dulu lagi susah, jual lembu, kambing semata-mata nak tanggung anak. takyah fikir pasal duit. tu kerja abah...


eiii, abah ni. tacing saya! hihi.  satu lagi, kalau aku cakap result tak gempak.


dapat 5, 6 A pun same. asal ade usaha. belajar rajin2 then same jer jadi doktornye. orang dah tak tanye " dulu awak u mane"


kali ni aku betol2 kene istikharah. nampak bebenor parents aku nak. minat sikit2 boleh pupuk. asal aku dapat     bahagiakan dorang. ceeewah. ayat abah n ma aku " kito pun x lamo dh, umur sampai 50 alah ko pghujung dah " ( mksudnye; mati itu dah dekat ) tsk. tsk. abahhhh, maaaa.. tunggu kakak jadi DOKTOR FARAH dlu ye ! :D

layakkah saya? 

kawan2, jom apply jugak ! susah jugak nak buat pilihan. betol orang cakap, jadi kanak2 lebih bahagia! aman ! xpe, usia mematangkan kita... ceewah. ZAGAZIG, tnggu sy istikharah dlu. hihi ~

Saturday, April 9, 2011

semakan kemasukan ke matrikulasi ; JANGAN MUDAH PERCAYA.

ok. pagi2 lagi naik angin ! aku dapat msg dari 013977**** . semakan kemasukan k mtrkulasi.. MOE MAT I/C HANTAR K 15888. lepas subuh mase tu. aku fikir, xpe ah. check guna internet ah. tp internet lembap mase tu, aku ambil langkah mudah, send msg je. dalam beberapa saat, dapat msg dari 15888. aku baca bismillah then bukak,



RM 0.20 MOE: 93041703**** 
Dukacita dimaklumkan anda tidak berjaya. 
maklumat lanjut sila layari  www.moe.gov.my


perasaan aku mase tu memang tak terkata ah. kelu kot. sebab aku lebih mengharapkan matriks dari asasi. huhu. mybe sebab aku nak tebus balik kekecewaan aku dulu kot :D  mak aku tanya " dpat tak" ak ckap tak! mybe dia fikir laman web tu tak boleh bukak. then mak aku tanya lagi. " tak boleh matriks? mustahil *A xdapat ". aku bajet cool. cool laa sangat. ye, aku tenang je. macam takde perasaan. mybe sebab aku dapat tawaran uniKL tu.


mak aku pun ada cakap, takpelah, pergi uniKL, preparation! urggghh. aku pelik jugak sebenarnya, nape aku bukak laman web kpm, ePutra, beliamuda.com. xde pun cakap pasal mende ni. so, aku anta msg kat no tu, ak syak ade orang nak kantoikan aku, kalau yang anta tu kerani pejabat ke, aku tak kesah, aku send jugak, dalam loghat klantan plak tu...


sapo ni??!! urghhhh

garang nyee, aku laa.. zati, check dah ke?

btol ke? aku check dah xdapat . sedih jgk mula2. tapi aku jumpa link, cakap 28.4 baru blh check?

ye ke? aku rase kne tipu dah. sbb bdk dapat str8 A's pun xdapat.


aiii, memang aku geram ah. kalau btol2 tak dapat mybe aku trime je offer uniKL tu ! sabor2. 





moral of the story: pastikan msg yang diterima tu dari sumber yang betol ! xD



Friday, April 8, 2011

JPJ PUNYA TEST !!!

Assalamualaikum,

lame kan tak update blog tak cantik ni,, hahaha. busy weh skang. kalah PM. hahaha. betul wa cakap lu!
ok, dah. sebenarnya nak cite pasal hari graduasi sekolah 2 april lepas. xpe, kita skip dulu. test jpj lebih menarik perhatian aku kot xD.


test JPJ 6 april lepas, bersamaan rabu. lepas grad sabtu tu, memang aku hari2 pergi buat latihan kat lamar bakti tu. sampai hitam kot muka aku. haha. terpaksa ar buat. aku taknak dah repeat untuk motor tu. kenangan sakit kepala mase test motor tu taknak berulang lagi !!! hahah. pffft. tapi malang jugak nasib aku, malam sebelum test tu, aku terpijak charger, warghhh. berdarah jugak. ingatkan sikit, tapi masuk hari ketiga pun kesan tu masih terasa. nasib badan lah kan. tahan jelahhh..


ak sesi kedua. lame gilerr tunggu. mula2 naik bukit, xsampai separuh , turun. then, naik balik. ok, cantik ! turun pun cantik. next, buat parking. terpijak line tengah!! frust nunggeng. nak buat tak dengar pun dia dah nampak. hmmm. JALANRAYA no komen. aku tak tengok pun kt jpj tu. 4 sure sporting kot. sebab siap pasang radio tu semua. buat tak kisahh jer.


lepas jalanraya, trus ke tempat motosikal. untuk repeat motor. aku sorang weh! orang len dah siap. kul 2.30 mase tu. alhamdulillah, lulus. tapi, aku tak puas hati jpj tu tengking aku jerr..


JPJ: awak tak lulus hri tu sebab ape?

aku : titi

JPJ: awak pandai tak buat brek kecemasan? macam nak g beli to4 je brek

(pfffft, ak tak pernah bli to4 naik moto) haha. penat weh double test gni. semput!

JPJ: cuba cakap kat saya macam mana brek kecemasan?

aku: ermmm, mula2 brek kaki, lepas tu brek tangan.

JPJ: saya tnya brek kcemasan!

bengong JPJ nih. ak dah mula panasssss! geram weh.

( dalam hati; alamak.. sesak nafas aku cmni)

aku: mula2 bawak laju2 , pastu, brek kaki, lepas tu baru brek tangan

JPJ: hoh, pandai pun. ni bawak supo nak g beli t04..

sabar2.. nasib baik kaki aku sakit. aiii, aku bukak kasut tunjuk kesan darah pun takkan orang keras hati macam tu nak amik kesah ah!!!!!

aku : cikgu, gano? pass ko dok nih?

cikgu: pass doh!

aku tengok borang tu 1 je markah potong padahal. 19/20. sengal!



aku kat LAMAR BAKTI dr 7.30 samapi 5.30 ! penat. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Wednesday, March 30, 2011

serba salah aku camni~

Assalamualaikum,

kawan-kawan, hari ni aku ade raptai ye. untuk majlis graduasi budak2 lepasan SPM. parents aku takde. nak tumpang kazen aku dia pergi alor setar pulakk. aku janji nak pergi dengan kawan aku, last minute dia kate taknak pergi pulakk. banyak masalah btol. adik aku kat umah ni demam, nak jage dia lagi. makkk. i need u right now. tsk. tsk. haha. tadi pulak dapat msg berbaur ugutan gitewww " kalau kau tak pergi grad nanti, pkp taknak sign borang. esok pergilah skolah. ambik jubah grad tu "


aiii, susah woot xde parents ni. ape2 kne wt decision sdiri. nak kol tanye mak pun, sure2 kedit tinggal 0.00 kut. kalau nak telefon ke china, mahal tak? ahhh, takyah tanye. mahal. mahal. aku tahu.


so, aku pergilahhhh esok sekolah nye. takyah bimbang. banyak gilerr dapat msg yang cakap pkp xnak sign borang ape sume tu. sabor2. esok aku datang. tengok lah pergi dengan ape punnn. kang aku drive sdirik ternganga lak orang lain. HAHA. oke2 cikgu, saya datang! 

berdikari...

Assalamualaikum,

haihh, aku dah kena tinggal ni. T_T . emak pergi guangzhou. dengan abah pulak tu. jeles i. hakhak.ok2, juz nak cakap kat cni, mak aihhh, aku dah ganti tempat mak laa pulak. kejutkan adik bangun pagi, bagi dia sarapan, memasak, basuh kain, jemur kain, basuh pinggang mangkuk sudu garpu cawan ( over lak).. satu lagi, maybe aku terpaksa lupakan graduasi untuk spm leavers tu nanti. hohoho. tak tahu lah camne nanti. hmm. xpe2, wt rilex jahhh, haha xD. 

awww, dah cukup ciri2 wanita sejati. haha. memasak woitt. nasib baik masuk gak dalam perut adik aku. ingatkan tersekat kat mulut je.. lalalaala~