" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Sunday, July 15, 2012

i'm electrical engineer-to-be. insyaAllah :)

Assalamualaikum.

13 julai 2012, semua budak yang lahir tahun 1993 lepasan matrik/asasi akan tertunggu-tunggu tarikh ni. termasuk aku. pagi tu around 10.30 ade orang bagitau result dah boleh check tapi aku tak xcheck pun. pergi rumah mak sedara sebab ade akikah. kawan2 duk tanye dapat mane juz cakap tak check lagi lah kan. hehe. balik dah nak maghrib, lepas mandi segala, aku relax lagi. nape ntah aku tak berminat nak check UPU bagai ni. haihh. mak semangat suruh check.

so, this :


terkejut. menangis ade sume. haha. aku manusia biase tak reti nak bersyukur. astagfirullahalazhim. so, sekarang dah terima kenyataan. mula2 dapat aku kerap mempersoalkan, kenapa electrical? kenapa UniMAP? kenapaaaaa? sob3. trustly aku menangis. haha. tak matured . nampak sangat. 

"sebenarnya Allah letak kita kat satu-satu tempat tu yang tebaik dah"-Abah :'( . should thanks both my parents, giving me inspirations. ma saya adalah mama yang terbaik buat aku. yeahh, sape tak sayang mak sendiri. die ade tepi aku mase aku nangis. haha. tak tak, tak nangis dah, farah mesti tabah !

aku sedih ade sebab sebenarnya, ade cakap " dapat UniMAP je?". takpelah, aku dah sedar sekarang, dulu kat pasum aku tak perform leklok. and aku dah anggap tu sebagai pembakar semangat sebenarnya. mane tahu every sem aku dapat dekan? ceewah. berangan. insyaAllah. who knows rite? doakan aku :) perancangan Allah lebih teratur. #SelfReminder


683 applicants with CGPA above 3.00 failed to receive any offers as they only agreed to accept options stated in their applications! -ini lagi pedih sebenarnya-

abang, aku, adik. semua ke arah engineering nampaknye. haha. aircraft maintainance, electrical, offshore. May Allah bless us. semoga dapat membalas jasa ibu bapa kami kelak :)

so, Assalamualaikum PERLIS, Assalamualaikum UniMAP, Assalamualaikum electrical :) kawan-kawan, doakan kita sama-sama berjaya ok? jazakallah. May Allah bless us.

Monday, July 2, 2012

umrah & ziarah :)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian.


post kali ni tiada niat untuk bermegah sekalipun. tQ

dah lama tak update kat sini. nak kate takde mase tu tak jugak sebab sekarang tengah cuti dengan senang hatinya :D tapi macam malas. hmm, i dont know why.
so, harini dah 3 minggu lebih aku balik dari tanah suci Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang tidak terhingga ini. Allah seru aku dan keluarga sekaligus untuk ke sana. subhanallah.
abang je tak dapat join sebab tgh final exam.

kota bharu --> kuala lumpur --> colombo --> kuwait -->jeddah

perjalanan yang amat memenatkan. sepatutnya direct terus dari KL ke madinah tapi Allah dah rancang sebaik-baiknya. bermalam di colombo semalaman dan transit di kuwait untuk beberapa jam.

first time masuk masjidil haram dan dapat bertentang mata dengan dengan kaabah, terasa sayu di hati. subhanallah. akhirnya air mata kegembiraan menitis di depan kaabah. Allah, aku rindukan baitillah, again. :( aku berpeluang solat di dalam hijr ismail. siapa sangka kan, hijr ismail sangatlah sesak tapi Allah dah bagi peluang untuk aku rasa solat dalam kawasan tu. lepas tu, Allah bagi pulak peluang pegang kaabah, Allah, kali ni memang aku sebak. aku menangis sambil pegang kaabah. terasa diri ini begitu kerdil di sisiNya.



suhu kat sini sangattt panas. sebab sekarang musim panas. hoho. ade hari yang lebih 50 degree. so, boleh bayang tak? syukur la kite kat Malaysia musim kemarau pun takdela suhu terlampau tinggi kan. yang paling teruk demam adik aku. orang lain biase2 saje.

sekitar hajarul aswad

selain menunaikan umrah, jemaah turut dibawa melawat tempat2 bersejarah contohnye ladang unta, hudaibiyah, jabal rahmah, dll. kat mekah ni, alhamdulillah family aku ramai yang bermastautin kat sini. moyang sedara, tok sedara, sepupu mak. ade yang dah kahwin dengan orang arab sini. comel gile anak die!! adik aku pun berkenan. haha .3 malam turut-turut makan besar. maksud aku, makan kibas sedulang. hoho. orang arab memang makan banyak. so, kalau orang Malaysia makan memang tak abis lah.


kibasssss.


hudaibiyah


family @ bukit safa

siblings :) jabal rahmah

perjalanan menuju ke madinah menaiki bas. 440km dari mekah. perjalanan hampir 6-7 jam kot. jangan risau. jalan kat sane lurus, bukan macam kat sini. so, takdelah pening sangat. kat Madinah ni tenang tak same macam kat Mekah. tapi aku lagi rindu suasana kat mekah. mungkin sebab kat sane lagi lame dr Madinah. kat sini boleh lawat makam Rasulullah dan para sahabat. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t.  perkuburan baqi', hanya jemaah lelaki yang dibenarkan masuk dekat. begitu juga makam nabi dan sahabat. so, untunglah wahai kaum lelaki sekalian. raudhah- salah satu dari taman syurga. nak masuk sini susah untuk kaum perempuan, banyak stages.

kat Madinah pun banyak tempat bersejarah. masjid quba', jabal uhud. ladang kurma pun pergi.

balik mekah, aku batuk teruk 2 minggu berturut-turut. batuk sampai keluar air mata, takleh tido and so on. alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya.

terima kasih banyak2 kt ma abah sebab mereka, umur belasan tahun aku dah jejak tanah haram, pengorbanan mereka hanya Allah sahaja yang tahu. syukur ke hadratMU Ilahi. moga Allah perkenankan doaku untuk ke sana lagi. InsyaAllah.

psst: got no idea. maybe akan di-edit balik. hehe. got things to do. wassalam