" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Sunday, January 30, 2011

;)

assalamualaikum,


congrate THE RED WARRIORS ! proud to be kelantanese. tapi kan, tak best sangat match malam tadi. tak menyengat pun. hmmm, mesti ramai akan cakap. " alahh, kelantan menang sebab mercun " takpun " saje je selangor nak tengok spirit dorang". haha. orang boleh kate ape je kan. mulut ade.


kalah menang adat pertandingan orang kate. mentaliti rakyat selangor dan kelantan same je. pandangan aku laa kan. orang selangor takleh nak cakap orang kelantan ni jakun ke hape. mase kelantan nak sumbatkan gol tu aku nampak ade laser. hijau. cerah lagi terang okay. so? haihh, aku tak cakap pun selangor yang suluh tapi kalau ikut ikut logik laa kan ;p


kelantan pun same, perangai tak ubah. mercun mercun dan mercun. taw laa negara jiran jual mercun. isk isk isk. takpe laa. manusia. biase lah kan. huhu




ramai jugak orang nak provokasi kat team kelantan. 1 MALAYSIA laa sangat bunyi camni. kalau indon tahu ade kes camni, ketawa berdekah-dekah kot dorang . tak tahu malu betul. berdamailah !


and, tahniah untuk KHAIRUL FAHMI CHE MAT a.k.a apex. pemain terbaikkkk. huhu. 



psssst : selangor n kelantan. dah r gaduhh ye. umat islam ke ape ni? pasal bola, semua tak kena.hmmmmph

Saturday, January 29, 2011

L for me!

assalamualaikum,


peringatan: ini entri membosankan ! hahaha



hai korang2 sume. hehe. sangat penat tapi happy punya  pasal tak rase sangat. huhu. semalam abah aku gtaw hari ni ade latihan. aku dah mula kecut perut.*sigh* takut mende lepas terjadi balik. HAHA. keep in my mind je ah. takleh lupa !!! malu2. dah laa aku selsema an. macam nak give up je. *poyo! nak je cakap kat pakcik tu, " alaaa pakcik, saya selsema laa, lain kali laa saya buat motor. hari ni buat yang kete je. bole laaa. boleh laa" * gedikkss

tapi , haishhh. dalam hati je bersuara.so, buat je laa kan. harap harap tak malu lagi ! mula2 try titi tu tak sampai separuh pun,jatuh.! cam bese. buat muke tak bersalah. haha. cikgu tu pesan " bawak leklok dikkkkk" . memang ah, takkan aku saje2 je nak jatuh!!! angin kuat pakcik! kan nak raye cine ni. haha. alasan takleh terime.


btw, peristiwa memalukan minggu lepas tak terjadi.yay!yay! opss., alhamdulillah. harap pasni aku dapat moto EX5 lagi, taknak wave! berat nak matiiiii.



apasal laa pakcik ni suruh aku datang hari sabtu. tak kesian ke aku kena membuang masa di situ? kasihan!



eh, tadi jumpaa budak lelaki kiut. miahaha, gatal nk mampus! tapi kan, kad pengenalan die 94**** . sedih, takpelaa dik. haha. gurau je ok, dont be so serious ! ;p

esok ade lagi. zzzzzzZZZzz. kereta pelisssss. aku mengantuk ah naik moto! ;)





sekian!

Friday, January 28, 2011

hentak kaki !



tajuk takde kaitan. haha.

frust ah cari layout.
errrr. help me pelisssss? :p

korang tak nak join ke?

assalamualaikum,


haa, ni entri khas untuk kaum adam. pencarian suami soleh imam muda. HAHA, tak berminat ke? mane laa tahu ramai peminat nanti. hehe. *niat tak ikhlas ni*perempuan sekarang ramai yang suke lelaki 'muka bersih' ni. . betol tak? betol tak? ke aku tipu ni? hmmmph. tapi pastikan kahwin dulu sebelum pi ujibakat tu. nati ramai yang tergila-gila macam asyraf tu. :p






hari ni ujibakat kat balai islam lundang rasenye. zon timur. nak taw lebih lanjut sila google sdirik. haha. kawan-kawan. jom g skodeng. mane taw boleh buat spare part, tak pun calon suami jerrr. hahahhahahaha. kidding okeh!


psssst : alhamdulillah da segar sket dari demam yang 'teruk' haritu. cuma suara masih rockkkk gitu. tak ubah macam ella. haha.

Tuesday, January 25, 2011

demam :: penyembuh segala dosa.

assalamualaikum ,

err, macam tak sesuai laa pulak kan tajuk kat atas tu. takpe, kite tukar. penyakit , penyembuh segala dosa.hmmph, pape jelah kan. aku memang tak pandai bab mengayat ni. haha. ok, tak lawak!





the point is. aku memang dah tak larat ah. tengkuk ni macam gatai-gatai sket. haprak betul laa.hidung pun macam dah err err sikit. tak paham? buatbuat paham je lahh dikk oi :p  kalau aku tutup mulut mungkin orang ingat aku mati pengsan ah kut. bernafas guna mulut je. alhamdulillah masih ade mulut.


dah lame aku tak demam. selalunya, mudah je kumankuman ni tak malu nak menghantui hidup aku. setiap kali nak exam, nak bertanding apeape ke, kompem 95% ah aku demam. cobaan! refresh balikkk, dulu aku hampir pengsan, demam mase ade pertandingkan kawad. nak tak nak, bajett tafff ar kan, nanti takleh wakil negeri salahkan aku lak :( sabar.! kawad tak samapi setengah jam je punn. alhamdulillah mase spm lepas aku tak meroyan demam. kuasa Allah !


and, teringat laa pulak 2 tahun lepas kan, budakbudak dorm aku, *budak form 1 lah senang cakap* punye laa caring kan, nak tolong amekkan panadol kat dorm exco (tempat paling femes kat ostel). tak gituwww? "kak hanan demam ke? nati ore amek panadaol deh? ". hohohho. *gaya junior nak amek ati junior yang bajet garang. haha *


aaaaaaa, post yang agak buhhsaan giler. aku bace pun macam meluat je. haha. biar ah, dah mati kutu ni, nak tidur takleh. pity me :((

doa itu senjata orang mukmin. amiin3. semoga sembuh laa ye ;)

Sunday, January 23, 2011

menang bergaya

assalamualaikum ,

hai. bukan nak cerita pasal aku menang apeape event ye. buat mase ni anugerah budak paling banyak tidur boleh r kot aku rembat xD . aku nak cerita , LEE CHONG WEI menang weii. menang! haha. tu pun nak kecoh satu malaya ke?. semua orang dah tau kan? lapukk betul aku. haha. takpe ah.



woo. woo. hebat ah die. juara malaysia open dah 7 kali . ahh, tak kesah ah, pemain nombor 1 dunia kan, hmmmph. tadi, dengan spiritnye aku gtaw abah aku,


" abah, chong wei menang !"

" hah? menang? ummph, tok sohor, main nga taufik tu gak "

haha. sengih je lah kan. cehhh. takpe takpe. aku je ke spirit ngat nak tengok? siap pesan adik lagi " adik, kalau chong wei main gerak deh " haha. :p ( masa ni aku nak take a nap ah )

actually, aku bukan minat sangat pun. tan boon heong lagi ensem. haha. kalau aku banding dua tu je laa kan :p aku sokong je malaysian main, tak kire ah main ape pon. haha. tinggi tak spirit aku? tinggi tak? haha. bajet lebihhhhhhhhh ah kau. wekkk 

tapi tadi berdebar gak tengok, sambil terjerit-jerit ngan adik aku (tipuuu je) . mane taknye kan, mase mata 18-17. mak aihhh, sikit lagi taufik tu nak kalahkan LCW. but, nooo ok. haha. over lak. padan muke penyokong indon, hekhekhek. seciput je dorang.

malam ni dia pergi korea ah. wuwuwuwwu. nak ikutt. hahak ;D whateva, goooood luck anyway!



p/s : demam aku makin terukk kot :(   doakan aku cepat sembuhh! ;)

Wednesday, January 19, 2011

tak tahu nak kate ape dah =,='

assalamualaikum ,

tadi tekantekan ape yang berkenan kat fb. trjumpa satu group. ANTI KELANTAN. kenapa ramai sangat 'orang luar' prejudis kat orang kelantan eh? yes, aku orang kelantan. aku tahu orang kelantan memang ada semangat 'assabiyah'. tak dinafikan dalam kawasan sekolah aku pun budakbudak ade sifat macam ni. sebenarnya, diorang lebih suka berkawan dengan geng yang satu kepala. ramai orang cakap "budak kelantan punya loghat sooo funny laa" , " busukk gile budak klantan cakap " , " eiii, budu gile " HELLO, saudara seIslamku, sebangsaku. hangin betol lah. pada pandangan aku yang sememangnya kelantanese, diorang ni ade semangat berpuak-puak sebab lebih suka berborak menggunakan bahasa ibunda dorang yang ringkas dan padat. tak gitu? * aku pon suko kecek klate r,nok wat guano, lidohh klate tu gakk. xsoh sabikk nga make budu la. aku tok make ponn meme kecek gini deh*


group tu telah membuatkan tangan aku gatal je nak tekan older post. tahniah kepada admin ni yang telah membuatkan mate aku terbuka luas nak tengok reaksi budakbudak kelantan. kalau macam ni laa kan sifat manusia yang dikatakan sangat bertamadun tu, aku sokong laa facebook ni ditutup teruss. laman sosial tak digunakan secara baik. betul cakap mak aku, lamelame manusia makin mundur kalau terus bersikap macam ni. aku baca komen kat sini pun dah cukup membuatkan hati aku tersentuh. persoalannya,hina sangatkah budak kelantan? ohh, mungkin admin page ni berfikir untuk sebelah pihak sahaja tanpa memikirkan perasaan orang kelantan sendiri.

mundurkah kelantan? mundur laa kan sebab takde cinema? bagi aku laa kan, aku suka gilerrr xde pawagam kat klate ni. haha. reasons? sebab salah satu tempat paling popular untuk pasangan kapel nak dating cinema lah kan? ahahaha. ade motifkah? whateva. jakun sangatkah tak-pernah-tengok-wayang? hua3. whateva. be happy. dunia. dunia. dunia.


dan ingatlah anak-cucu-nabi-adam sekalian. dunia dah tua. dah bongkok 6/7 dah kot sekarang. bawakbawak lah bertaubat. memang budak klate gangsterr lah!!! termasuk aku. hak3. papepun, manusia tidak lari dari membuat kesilapan.

dunia dah tua, kiamat semakin hampir dan pasti berlaku. cuma, masanya belum pasti!



kebanggan rakyat kelantan.

hott : kebanggan rakyat klate.



 MAAF, ENTRI NI BERBAUR 'EMO' SEDIKIT. *errr, banyak kot. huuu


*ni pandangan aku sebagai anak jati kelantan. bagi korang tak tahu laa kan, ohhh,I LOVE KELANTAN. sek kito jange pecohh ! [trademark turun temurun]


p/s :sebenar nak ditujukan kat admin je. pasai pa aku melalut sampai cni? haha. everyone , chill ;)))

Tuesday, January 18, 2011

jauh perjalanan, luas pengetahuan.

assalamualaikum.


terengganu . kelantan . pahang . perak

wahh ! kemain lagi kan. warna-warni gitu. ape motif aku tulis mende ni? nak belajar nama-nama negeri kat malaysia ke ape? hahaha. no laa. i am going to tell how lucky my friend. ceewah. (btol tak grammar aku? ) kalau salah betulkan sdiri eh.  ak tak reti english la. haha

sebenarnya, kelmarin kan, budak budak bertuah dah daftar UTP. ohh, jeles ok! serius. dan salah seorang yang bertuah tu kawan aku sendiri. congrate faisal. i am proud of you. haha (ayat takleh blah)

aku ciplok kt fb je. muahaha. sori pesaa!

aku kenal budak ni mase aku darjah 5 rasenya. betol tak pesa? huhu. mula mula datang kelas aku, die cakap ganu pekat. haha. hey, ganu mane ni (?). kalau aku tak lupa laa eh. tapi skrg dah cakap luai. budak kuantan ah katekan :p

tapi bagus jugak ko kan, taknak ngaku dapat utp. ceh, ngan aku pun nak berkire. haha. takkan bagitaw aina je kot. muahaha. nasib baik abah aku bgtaw " anak cikgu mustafa kamal dapat utp dah " jeles tahu? haha. hmmmp, papepun , wish u luck there. jangan tinggal semayang. cehh. ;)

comell giler u ni. last aku pergi mase convo cousin aku. 6 tahun lepas kot. haha. library dia ade lif woo. ke u laen ae jugak? tak tahu la. hee. jakun gile.!






korang nak pegi jugak ke? dun worry be happy. hee. dorang ni gune result trial. so, kalau nak jugak tunggu yang real laa eh. chill :))

what a BAD day !

assalamualaikum ,

haih, ingat nak bercerita dengan gembiranya pasal semalam. alih-alih aku rase maluuuuuuuunya dengan diri sendiri dan budakbudak bengkel motor tadi. waaaaa. rase nak tarik diri je. taknak buat lesen motor T_T. aku rase down giler weyh mase aku takleh tongkat dua tu. bab tu boleh tahan lagi. sebab ade lagi yang tak-cukup-berat-badan macam aku nak angkat mende alah tu. yang aku tak puas ati, tongkat dua tu aku takleh tolak jugak V_V.  same macam tadi. ape nasib laa hari ni. huh. sabar. budak laki depan aku bagi moral sapot laa kononya. HAHA. "tolak kuat laa lagi" ohh man, tq. aku ingat muka-hemsen kau tu sampai bilebile. haha. taklaa macam kat tepi aku kan, nak berpaling pun taknak (tahu laa makwe die ade kat belakang :p)

mase thumbprint tu rase macam nak amek tudung and tutup je muka ni. taknak tengok muka budakbudak laki. memalukan laa farah! ceh. ye, aku tahu aku tak pandai bawak moto. haha. meniti pun separuh je. takpe. try again omputih kate. hee


btw, semalam best gile. tq abang iskandar. abang? ahh, whateva. haha. tekan minyak kuatkuat tu best kan abang is? hueh hueh hueh ( busuk gile suka ) semalam aku tidor tak ingat dunia. letih tahu.


nway, sapesape yang reti sikitsikit bawak moto tu pandai-pandai laa eh. haha. hope dapat P dalam mase sebulan ni !

chin chaw chioww.

salam.

Saturday, January 15, 2011

t e r u j a !

salam.

hey hey hey! hari ni saya gembira yawww! sebab sebab dan sebab saya pass ujian undang-undang! muahahaha.  farah, tu pun nak berlagak ke? ( sambil meyampah dengan diri sendiri ! huh, biarlah nak kate ape pun. i got 46/50. ok laa tu kan? alhamdulillah. jiran ak pun pass. tapi aku lagi teror laa :p huh,sila menyampah sekali lagi!

" adik,masuk bengkel hari isnin deh "

pakcik tu dah tak sabar suruh aku masuk bengkel. haha. pape je laa. tapi pelik jugak tadi. apesal aku cepat sangat masuk biik tu. padahal jiran aku punya angka giliran awal lagi pade aku. mulamula daftar, pastu ambik gambar then abang tu cakap, " farah, tmpat n0mbor 4 deh" hah? sekarang? padahal jiran aku yang daftar awal-awal lagi tu still menunggu! hah, rezeki namanya.

lepas 23 minit 10 saat (lame tak aku jawab? haha. tak yakin lah tu), aku keluar. letak ic.. abang tu sekali lagi cakap. hah, tunggu jap. uishh, cepat beb dapat. orang lain kena duduk dulu. fuhhh, rezeki sekali lagi.

tapi masalahnya, aku kena tunggu la jugak. budak yang naik skali ngan aku tu lambat. pffft. SABAR.


p/s: adik aku tetibe je nak masuk ostel. gudbye munir. takde laa musuh ketat aku kat umah nanti. hmm. tak best jugak takleh gaduh ngan die.haha ;)



woahh, normal lah kan adik tinggi SIKIT dari kakak. heee
ni effect kamera je. sbb tu nmpak die tinggi BANYAK. *ayat cover malu*

Friday, January 14, 2011

terima kasih p a k c i k !

selamat hari jumaat semua ;)

tadi baru dapat kol dari pakcik yang bawak aku ke sekolah memandu tu.

" adik, test esok deh? "

haha, pakcik tak payah tanya laa. memang aku tertunggu-tunggu pun. masa cancel khamis lepas aku frust gilerr, sebab line takde.
ok, again. wish me luck dear! <3

.gambar yang TERAMAT blurr.huuu

Thursday, January 13, 2011

apft application.

hyep!

aci tak aku nak apply asia pacific flight training? muahahaha. bajet pandai sangat physics nak apply jadi pilot. cehh. berangan betul aku! erkk, bukan ke situ lelaki saje eh? tak sure laa tapi teringin nih! (lesen kereta pun tak dapat lagi :p) dulu abang aku pun apply, tapi tak jadi pergi laa. sebab fee dia pun comel . haha. RM 240 000. nah! amek kau. hmmm, aku tengah boring sebenarnya. why not aku apply ape2 je kan. upu aku tak berani lagi nak isi. tengok result spm dulu lah ye. maktab pun aku tak beli lagi no pin. sape2 tahu dah boleh beli kat bsn tu bagitahu la eh =,= tapi rase2 nya dah boleh kut.

for more information:
asia pacific flight training




Wednesday, January 12, 2011

es0k...

salam..

erkk. esok aku ade test undand-undang. wish me luck!  bestnye kalau dapat 50/50 ;)




p/s : aku blurr nak mintak u ape. taknak isi lagi upu! huh, hope result comei la nak mitak course tough2. :)) amiin

Tuesday, January 11, 2011

stalker!

selamat pagi bute semua :)
padahal follower 3 orang je.haha

dah lame tak jenguk2 kat yahoo messenger. dulu kat situ laa tempat aku selalu chit-chat merapu tu semua dengan classmate. especially nida, time lepas pmr dlu. muahaha. nida, ingat lagi ko weh? tapi skarang dunia dah maju, teknologi makin canggih. ceewahh. fb pun ade tempat nak chat.

tadi aku buat status, sedang menambah lemak. biasalah kan lepas-lepas spm ni takde buat ape2. hahaha. tambah lemak di badan je keje aku. wooooh =,= . then ade laa satu mamak ni tanye bla. bla. bla. aku layan je la.die tanya 10 patah aku jawab 1 patah. kah.kah.kah. kesian. maaf laa.. sebab aku memang dah lupe abis kawan2 kat ym ni. so, takleh layan lebih2.

tapi, lame-lame banyak laa pulak cakap die ni. cakap kerja akaun. boleh caye ke? ntah2 jaga kaunter pembayaran kat kedai mamat. haha. opsss. TERmengumpat! heee.

whatever lah, lepas beberapa minit ak bgtaw, "sorri laa, dah nak out, salam". tapi boleh pulak dia ni buat dekk je. cehh. aku cakap sekali lagi.  boleh pulak dia mintak no fon aku. ohhhoi. apekah ?

teeeet...

bye.bye. aku off terus. bhahaha. sori~~

tu orang panggil stalker ke ape? haha. whatever!

moral : taknak on9 ym dah kot.! semua orang macam stranger je. haha. ak lupeeeeeeeeeee (nazmi raja lawak) :p

Monday, January 10, 2011

selamat tinggal fb.

assalamualaikum dan selamat malam ;)

first and foremost, ceyhh .. congrate to ana raffali atas kemenangan beliau dalam AJL 25. lagu tolong igatkan aku boleh tahanlahh best.huhu. aku tengok kejap je tadi sebab takde mood. tak tau kenape =,='

hah, sebenarnya nak cerita pasal facebook. oh, mesti ramai yang masih tak tahu. aku pun baru tahu tadi. akaun fb akan ditutup bermula 15 mac 2011. ohh, sungguh tak disangka :( tapi ramai ibu bapa yang akan bersorak kegembiraan. yeay! anak aku dah tak payah susah-susah buang masa menjenguk melayari fb lagi.huh. congrate ye makcik makcik :))

dan aku jugak tak perlu berebut-rebut lappy dengan adik aku lagi. tapi, tapi, tapi, errr tapi best jugak fb ni. mula-mula kenal fb dulu bukan main lagi terkejut "eh,,ni kawan aku mase darjah 6" , "masyaAllah, cikgu aku mase tadika dulu :p" , " eh, pakwe aku dlu laa". hahahaha. 

hah, bce sendiri laa entri ni . aku pun tak pasti korang boleh percaye tak.
believe it or not ( ? )

Sunday, January 9, 2011

i miss you !!!

salammm.....

semalam hantar si dia kat stesen bas. ah, kenapa perlu bas? sebab dia gatal pergi rendam kereta dia dalam air. hahaha. kau ingat mak bapak kau banyak duit ke nak baiki semua tu? hee. wahh, mak bapak dia pun aku punya lah. heee

dia di atas adalah abang kesanyangan aku :p

wah.wah.wah. terasa betul dia dah balik u hari ni. sape nak belikan aku nasi lemak? sape nak belikan aku donut? sape nak belikan aku karipap? cehh,banyak betul makan. tapi slim je. hahhaha. okey, aku perasan buat kesekian kalinya. fuhhh. sukahati aku lah kan.

ahh. satu lagi, sape nak ajar aku drive :( sedih. woot woot 

bermakna hari-hari aku lepas ni alone. waaa. sorang sorang lah aku lepas ni? :( pape jelahh. layannnnnnnn




end-year family vacation <3

Saturday, January 8, 2011

kpp punye hal :(

salam.

huh. penat penat. tadi ade kelas memandu , kpp stands for kurikukulum errr. maaf, saya lupa. haha. otak letih woo. dah laa takde kawan nak sembang. ceh. jiran aku pun tak jadi tadi. banyak sedihh maa. tadi ak duduk sorang-sorang jer tunggu sebelum masuk bilik kuliah tu. berdikari lah konon. haha. pukul 9.30 tu aku masuk and ade ujian buta warna hape ntah. aku toleh kanan, lelaki. toleh kiri, lelaki. okehh (!) kaum hawa dah pupus ke ape? huhu. budak kat depan tanye, " awak duk sorang sorang ke? meh laaa duk tepi saya." .nampak muke aku sedih ke eh? hee.

boleh tahan lawak laa tenaga pengajar dia tapi lenguh duduk laa. ohh, tadi jumpa kawan yang dah 5 tahun tak jumpa, nur hanis muliszuwana .

nak amik ujian undang-undang cepat2. aku malas tunggu lama-lama! haha. kalau 50/50 kan best :p

Thursday, January 6, 2011

jom memasak!

assalamualaikum.. hai. hai. hai ;)

sape pandai masak kat sini angkat tangan! yahh, tak de orang sudi rupanya :(  takpe takpe, aku taw korang dah letih. aku maafkan. err, ape aku merepek ni? HAHAHAHA . [evil laugh]  jangan layan aku yang sememangnya tengah busy boring nak mampus tahap ke lapan dah ni. okey okey, cukup farah, cukup.

cuti-cuti yang tahap best gile ni mak aku suruh belajar memasak pulak. haha. tapi best jugak kan. pasni jadi perempuan ayu lah kan. hah? ohh, semalam aku dah masak jemput-jemput special punyaa. tahu? sila goggle sekarang! dan tadi aku buat puding karamel. fuhh fuhh . tahap boleh jual kat kantin sekolah mak aku dah dengan harga 2 posen ringgit satu. hehe ;)  perasaan! ttuihh.

takpe laa, at least aku mencuba kan? tapi best ape aku buat. licin pinggan. hari tu, masa aku masak daging masak merah, adik aku yang form 5 tu puji. *melayang* " sedap sedap,aku ingatkan mu tak reti buat" bhahaha. fyi, susah nak dengar dia puji orang. hahahaha.okeyy, again, aku bajet bagus!

err, takde ape nak cakap. cuma hari tu aku tengok status kawan aku kat fb " chef bla bla bla akan ajar dia memasak" woahhhh. aku setakat mak sudah laa. fulus ngakk ada! dia takpe laa. mak bapak keje best. [ dah masuk bab tacing dah.] syukur syukur. dia duit tak habis nak guna. dah memang betol pun guna chef. hahahaha. tak sedih pun!!


p/s : kereta abang aku masuk air tadi. kesian! balik dengan bas laa dia KL nanti. 

p/s p/s : takleh drive dah laa kancil die buat sementara waktu :((

p/s p/s p/s: fon die pun masuk air. bhahaha

apasal aku cerita pasal kereta die lak eh? ohh, sbb takleh aku test drive dh kereta psni.bukan sedih ke hape. haha


- dah habis dah sesi memasak kita hari ni ;) -


Wednesday, January 5, 2011

kelas memandu encik nabil.

salam kembali...

tadi buat kesekian kalinye aku try bawak kancil superbb abang aku! ahaha..fuhhhh, sib baek tak langgar pokok tadi. ni kali kedua try. bile abah nak daftarkan aku kat sekolah memandu ni (?) sabar farah, sabarrr.. bawak bertendang bertenang! huh..motor dah okeyy sikit-sikit, kereta pun dah okey bawak gear satu! hehe (kalau hari-hari test bawak, alamatnye rosak gear kereta tu rase :p) * special thanks to my abang sebab dah sudi ajar aku :D:D:D * laen kali cuti sem bawak balik laa kancil tu ye! ehehe ( ayat mengedik jer! ) disebabkan die jugaklah aku yakin bawak mende tu. (ni bukan cakap pasal sekolah yakin pandu eh). bile laa lagi nak bawak ni. esok dia dah nak balik. uwaaaa. means mulai esok jugak aku kene tinggal sorang-sorang. nasiblah. mak keje, ayah keje. fuhhh...... >.<

Tuesday, January 4, 2011

BANDUNG, indonesia!

assalamualaikum!

dah seminngu lebih dah balik dari indon baru nak bercerita! HAHA...takpelah...ikut suka hati i lah kan...wahaha. dah lame merancang sebenarnya. teringat balik dulu-dulu aku kuar outing curi2 semata-mata nak buat passport. hehe. takpe, sib baek aku  pndai cover * ceewah,puji diri-sdiri*.. flight kb-kL..jam 0915. tak sangka la pulak jumpa bekas anak murid mak ak. STEWARD you! haha, name die AMEER..fuhhh.segak bergaya berbudi bahasa cun melecun orangnye. hihihi. bapak baiklah die. masa nak turun tuh die sempat bg1 plastic bag, dalam tu ade MAS properties lah kan. *special kes.

okey2, back to the story. holiday selama 6 hari, 20- 25 disember, agak menarik! ibarat cantik menarik tertarik kau memang da bomb lah kan. HAHA. apekah? holiday ni boleh merapatkan silaturrahim sebenarnya and boleh hilangkan rambut pikiran aku yang kusut masai lepas aku jawab paper spm yang macam ape ntah =.=' aku pun blurr ah.oke, abaikan.

first day trip,,


ade motif ke gambar ni? haha. hari pertama tak kemana pun. lepak dalam flight hotel jer. penat weh even  2jam 10 minit jer dari kL ke bandung. lunch atas flight ak makan chicken nasi beriani, tp mak ak cakap fish nasi kandar pun best. whateva lah!

ak dh malas taip lah. so, enjoy da pixca ya!




tak nampak macam kat moscow ke? haha. kat kawah putih je sebenarnya. kawasan gunung berapi. sejarahnya masih misteriiiiii~


the whole family. pakai timer je =.=



lalalalala~ tak nampak ke muka aku dah malas neh? tak nampak ke??? jam dah menunjukkan pkul 3.18 am weiii..wth. tapi takpe ak bukan sekolah dah pun.HAHA. holiday ak macam orang lain gak lah! korang agi syiokkk. ak indon je pun. huhu.. enjoice~

welcome BACK!

ASALAMUALAIKUM~

fuh3....lame gile tak berblogging. kali ni dah masuk blog yang ke-3 lps yang ke-2 hari tu. HAHA. ni sume kes lupe password lah. aigoo! ( ni salah satu tanda2 nyanyuk ke? ) bhahaha...abaikan..umur ak baru 17 tahun 9 bulan okey..muda trang tang tang lagi (??) anyway, belum terlambat lagi rasenye kan nak wish HAPPY NEW YEAR...so, selamat tahun baru kawan-kawan! 1.1.11 ,comey tarikh ni... bagi lepasan sijil pelajaran malaysia, syukurlah anda dah tak perlu siap-siap pagi-pagi bute and bergegas ke sekolah..pheuwwww..sebenarya boring tahap gabab dah taw melepak kat umah sorang-sorang...so,hargailah masa persekolahan anda ye adik-adik.. (tak rase ayat aku macam tambii ke?) HAHA...belit-belit tak tau yang mane btol noo.. nway, papepun, ENJOY your life!!!
- aku takde idea okey nak letak link best2...otak dah berkarat punya!!

p/s : amiera balqis dan fatin nabihah, nah, ak dh tunai jnji ak..haha