" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Wednesday, March 30, 2011

serba salah aku camni~

Assalamualaikum,

kawan-kawan, hari ni aku ade raptai ye. untuk majlis graduasi budak2 lepasan SPM. parents aku takde. nak tumpang kazen aku dia pergi alor setar pulakk. aku janji nak pergi dengan kawan aku, last minute dia kate taknak pergi pulakk. banyak masalah btol. adik aku kat umah ni demam, nak jage dia lagi. makkk. i need u right now. tsk. tsk. haha. tadi pulak dapat msg berbaur ugutan gitewww " kalau kau tak pergi grad nanti, pkp taknak sign borang. esok pergilah skolah. ambik jubah grad tu "


aiii, susah woot xde parents ni. ape2 kne wt decision sdiri. nak kol tanye mak pun, sure2 kedit tinggal 0.00 kut. kalau nak telefon ke china, mahal tak? ahhh, takyah tanye. mahal. mahal. aku tahu.


so, aku pergilahhhh esok sekolah nye. takyah bimbang. banyak gilerr dapat msg yang cakap pkp xnak sign borang ape sume tu. sabor2. esok aku datang. tengok lah pergi dengan ape punnn. kang aku drive sdirik ternganga lak orang lain. HAHA. oke2 cikgu, saya datang! 

berdikari...

Assalamualaikum,

haihh, aku dah kena tinggal ni. T_T . emak pergi guangzhou. dengan abah pulak tu. jeles i. hakhak.ok2, juz nak cakap kat cni, mak aihhh, aku dah ganti tempat mak laa pulak. kejutkan adik bangun pagi, bagi dia sarapan, memasak, basuh kain, jemur kain, basuh pinggang mangkuk sudu garpu cawan ( over lak).. satu lagi, maybe aku terpaksa lupakan graduasi untuk spm leavers tu nanti. hohoho. tak tahu lah camne nanti. hmm. xpe2, wt rilex jahhh, haha xD. 

awww, dah cukup ciri2 wanita sejati. haha. memasak woitt. nasib baik masuk gak dalam perut adik aku. ingatkan tersekat kat mulut je.. lalalaala~

Saturday, March 26, 2011

tolong saya..

Assalamualaikum,


hai semuaaaa. help me please. give me your opinion. tengah blurr nak isi universiti mane.

UIA?
UiTM?

apa kelebihan, kekurangan and what so ever. 

nak pilih course ape pun pening, sebab result 'cantik' sangat kan. haha
tapi takpe, result macam mane pun. kita dah usaha. dah ikhtiar dengan ALLAH. ade hikmah. ( thnx to my bro sbb yakinkan aku )

mane tahu Ada rezeki lebih baik lepas ni ~

kalau pandai sangat susah jugak. lagi pening nak pilih negara mane. haha. aku malaysia jekk :p

kalau boleh, aku nak masuk matriks je. tapi nanti.. istikharah dulu


p/s : cadangan bernas korang amat dialu-alukan. terima kasih.....

p/s /s : korang nak further study ktne? sebab? nak ikutt boleh?? heehoo

Friday, March 25, 2011

Lets move on.

Assalamualaikum,


hai. hai. hai. hari ni saya dah tak sedih. hahahaha. tapi tak taw laa kot2 petang nanti, tengah lonely, teringat kat result lagi. haishh. susah nak buang prasaan ni. tapi, i have tried. tak salah pun. hati pun ada perasaan. cuma, pandai2 kawal la kan. bak kate kawan ak chill pah ceroh.  chill chill xD




satu berita baik, a friend of mine, fais ziad adalah antara pelajar terbaik KELANTAN. 10A+. bekas kp sekolah rendah aku merangkap rakan sekampung aku. teman seperrmainan je dulu. he deserve it. bangga jugak bila dapat tahu. wahhhh. jeles lak. haha. tapi mase aku msg dia, humble je balas. yelah. takkan nak riak pulak kan. satu lagi, izzat syameer, pelajar smka lati, 11A+. kawan satu kem dulu (skspm). tahniah kawan2.


aku sakit kepala teruk. semua orang cakap gara2 aku fikir about result tu. hmmm,ntahlaaa. for sure, aku dah start belajar terima kenyataan tu, redha, dan perlu kuat semangat !!


give me some sunshine,
give me some rain,
give me another chance,
I wanna grow up once again.


ni antara lirik yang aku ingat. 3 idiots. sape tak tengok rugiii. haha. sebab aku rase self-motivation aku naik sikit lepas tengok cerita ni. bagi aku la......



so, tak kira laa i decide nak pergi u ke...nak pergi matriks ke...nak pergi maktab ke... asalkn aku tak tersilap lagi lepas ni. insyaAllah. doakan aku kental semangat lepas ni. fighting !!! kawan2 bloggers mahupun schoolmate sekalian. good luck.





PROUD TO BE NAIMIANS ( BATCH 2010)
rekod : no. 2 antara sekolah terbaik kelantan.( gps 2.09)
> masih belum dapat mengalahkan sms faris petra
> namun tersenyum bila dapat mengalah 2 buah sekolah sains ( sms p.puteh & sms machang)

keputusan: kecemerlangan semua subjek lulus 100 %
> BM semua A ( 159 A+ dr 179 orang)

yang utama:
26 orang straight A's ( 11A)


tahniah3. terima kasih cikgu2. jasamu dikenang ! budimu disanjung !

Thursday, March 24, 2011

GIVE ME ANOTHER CHANCE......................

Assalamualaikum,


tengok tittle pun dah tahu kan betapa kecewanya aku. yes, frankly speaking, aku sangat2 kecewa. even aku memang takde laa geliga sangat.. aku still mengharapkan yang terbaik. aku sedih tengok orang sedih. faham kan? mase ambil result semalam, parents aku dua2 datang, mungkin merasakan aku boleh bagi kegembiraan buat mereka, untuk kali ketiga, aku dah cakap " kalau boleh kakak nak pergi ambil result sorang2". memang betul, aku dah buat mereka kecewa, ya Allah!




lebih mengecewakan, subjek yang aku dapat b, semuanya B+. aku pujuk hati aku, redha farah, redha! Allah knows the best for us. perjalan masih jauh. quote ni jugak aku hantar kat kawan2 aku yang turut bersedih :(   aku tak mampu fight result abang aku, result kazen aku... arghhhh. aku nak pilih kos ape lepas ni?

semua ayat pakcik, makcik, sepupu aku yang kol same je, nak pujuk hati aku la kot.


" takpe laa, ok dah tu"

" kita usaha, usaha dah. rezeki dah setakat tu"


thanks a lot to my family, tak putus-putus bagi moral support. lepas ambil result, aku terus nangis. hahahaha. aku dah tak kesah juniors tengok ke sume. tapi ape pun aku kene syukur kan..Alhamdulillah~


ayat pakcik aku terbaikkkk. dia tahu aku kecewa! kecewa!

" jangan dongak ke atas, pandang orang bawah kita"


Aku percaya Allah Maha Adil. mungkin ada hikmah di sebaliknya. semoga aku akan strugle lebih lagi lepas ni. harap azam ni bukan hangat2 tahi ayam je. dan semoga aku dapat ape aku nak lepas ni. course, universiti mahupun kerja yang baik. insyaAllah. doakan aku kawan-kawan !



 and, ini aku dapat dari blog rina, sedikit sebanyak, aku tenang sikit,

1)kenapa aku diuji ?

JawabNya (al-ankabut:2-3) - sebab kita dikalangan orang beriman .

2)kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

JawabNya (al-baqarah : 216) - boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . ingatlah , Allah jua yang mengetahui
3)Kenapa ujian seberat ini ?
JawabNya (al-baqarah:286) - tidak dibebani sesorang dengan apa yang tak mampu dipikul
4)kenapa rasa kecewa ?
JawabNya (ali-imran:139) - jangan bersedih dan lemah .sesungguhnya kita antara orang yang paling tinggi darjatnya .
5)bagaimana harusku hadapi ?
JawabNya (al-baqarah:45) - minta pertolongan Allah dengan sabar dan istiqamah .
6)apa yang aku dapat daripada semua ini ?
JawabNya (al-taubah:111) - Allah menjanjikan syurga untuk kita . Insya-Allah.
7)kepada siapa ku berharap?
JawabNya (al-taubah:129) - tiada Tuhan selain Allah .


p/s : hati aku tersentak, perasaan sedih tetap ade, bila orang tanya pasal result. TABAH FARAH !

Tuesday, March 22, 2011

tak sampai 5 minit lagi 23 mac 2011 ~

Assalamualaikun,

ye! aku tahu. 23 mac 2011 means semua budak2 yang lahir tahun 1993 tertunggu-tunggu.

aku lahir tahun 1993 gak.

so, kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk saya. kawan2 saya jugak. Allah knows the best. redha!

insyaAllah, kejayaan milik kita semua. amin3.

p/s : aku demam, tapi bukan sebab result. ade sebab lain ye. untuk result, aku takde perasaan pun. betul! tak tipu. petanda result COMEL? insyaAllah. sama2 doakan~

Monday, March 21, 2011

jaga anak orang memang susah.

Assalamualaikum,

lame gila kan tak on9. haha. lama ke? ye kut. 2, 3 hari ni aku memang busy, letih. kalau on9 pun bukak fb, balas ape2 yang ptt then off balik. mostly around 5-10 minutes je. betol ni. urghh, need sumtim to do.

sebenarnya, 11 mac lepas dapat cousin baru. tapi aku rapat yang akak budak ni, umur 2 tahun setengah. kenapa umur 2 tahun setengah baru aku kenal? padahal sepupu... panjang ceritanya, keep as secret kot.

khamis lepas, buat kenduri kesyukuran. pagi sampai malam aku busy. sebab majlis tu buat kat umah nenek aku, cucu yang baik selalu tolong neneknya. hahahaha. sejak khamis tu, aku terpaksa teman itu ini, jaga baby and so on. jaga si auni, budak 2 tahun setengah tu. pakcik aku nmpak aku rapat ngat ngan budak tu. wachaaaa.


mak sedara aku masuk wad, bukan dia sakit ye, baby tu ade kuning. kalau medic aku taktau ah pe istilah dia. biase laa.. baby kan. semalam teman pak sedare aku ke hospital. lepak sane pukul 9.30 sampai 11.30. penatt wook. nak jaga kazen yang nakal tu lagi, hadoiii. pagi tadi, lepas habis belajar kete, pakcik aku ambil and trus bawak pi hospital. hmppph. 


lebih memilukan ye kanak2 sekalian, semalam aku kene marah kat nurse " adik, ibu bapa atau penjaga je boleh masuk sini, sekarang tak boleh melawat, bace peraturan kat depan" what the heck! ( aku bengang ni) tampal peraturan besar tahi mate, hantu pun taknak baca. hahaha. behave yourself nurse, bukan nak kondem ke ape, jaga laa sikit adab nak tegur orang pun. dah makcik aku penat takleh jalan plus tengah makan, dia suruh aku tolong jaga anak dia jelah! takde maknenye nak masuk suka2 hati.


pengalaman orang kate. jarang bebenor aku pegi hospital malam2 buta. dah laa wad 5 tu dekat nga umah mayat. hihihi. tak takut >.< 



- ape2 pun, result kuar 23 mac ni. doakan yang terbaik buat saya, kamu juga ! insyaAllah, kejayaan milik kita. nurse di atas, sorry.~ haha. kawan2 lain juga. minta maaf ye. nak tenang nati amik result. huhu -


Friday, March 18, 2011

F stands for ......?

tag by zaty . sori lambat :(



Rules :

It's harder than it looks! Copy to you own blog, erase my answers, enter yours and tag 5 people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each questions. They have to be real. Nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use the different answers. You can't use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question!





What is your name?
Farah Hanan

A four letter word :
Five ( hakhak)

A boy's name :
Fais Ziad. (kawan sekolah rndah ye) haha

A girl's name :
Farhah Hayati

An occupation :
Fashion designer ;)

Something you'll wear :
Flip flops

A type of food :
Fried noodle

Something found in the bathroom :
Frog? haha

A place :
France :)

A reason for being late :
Ferut sakit lah ( haha; ak xde idea dah)

Something you'd shout :
Follow me please. haha

Something you drink :
Fruit juice

A musical group :
FT Island

A type of car :
Ferrari

A type of fruit :
Fruit ninja?

Tag :


seksa jugak nak buat ni. haha. peace! aku main bedal je =.=

Sunday, March 13, 2011

2 hari 1 malam di GUNUNG STONG.

Assalamualaikum,

kenapa aku CAPS LOCK gunung stong tu? haha. sebenarnya, sangat excited. kire ni camping instant (mcm meggi lak) sebab buat keputusan last minute. hari khamis, petang, abah aku tanya "kak, nak mendaki gunung stong tak". aku setuju, then pagi jumaat terus naik. wahhh. actually, aku join jiran aku jer. family aku just aku, abah, abang dan adik lelaki sorang. abang aku sampai kelantan 5.30 pagi, pastu trus pergi sane. 


unfortunately, hujan laa mase mula2 nak daki tu. kelantan hujan luar musim sekarang. tunggu lah kejap. then, nak start mendaki tu , hujan masih rintik2. takpe, naik je~ tak sampai separuh gunung lagi, aku dah pening. faktor ketinggian mungkin. haha. biaselaa. dah dekat 3 bulan duk relax je kat umah. hehe. lame2 okay lah, badan dah boleh terima perubahan. ceewahh.



it takes time lah nak sampai ! hujan lagi. memang adventure lah! abah aku penah naik gunung kinabalu, tapi dia cakap, rase2 ini lebih mencabar kot. sebabnye, gunung stong betul2 nature, kalau gunung kinabalu tu dah upgarade, dah buat tangga and so on, nak bagi senang laa kan. yang ni, memang kena bergantung kat akar kayu, pokok dan batu jelah. satu lagi, gunung ni ada air terjun. huhu. kena rentasi halangan air yang deras lagi. nampak tak yang ni lagi mencabar dari kinabalu? -.-" haha




nasib baik kawan jiran aku tu pandai masak. at least kitorang taklah kebulur sangat atas sane~ hehe. tapi kayu api basah, paham2 jelah. dan malam tu..............jeng3. sadis sungguh rase. air hujan masuk khemah. dasar khemah murahan. haha. takpelah. cabaran! huh, cabaran lah sangat. ambil air sembahyang di tengah malam, kalau diikutkan, tempat kitorang berwudhu' tu, puncak air terjun ( kalau tengok dari jalan raya). fuhhh. dasyat gak eh. 




esoknya. kami mendaki lagi. kali ni tak bawak beg yang besar gedabak tu lah, just bawa diri. 2 orang taknak ikut. so, diorang jaga khemah la. yahhhh! kami menuju ke puncak tertinggi air terjun. yes, puncak utama. jiran aku ckap. ambil mase 40 minit kot. tapi kami 1 jam baru sampai. hujan2.. air laju ye. samapai satu peringkat, jiran aku cakap. takleh pergi dah, sampai sini jer. air tengah pasang. bahaya untuk budak2 ( mse ni budak under 12 thun ade 3 orang). aku dah frust. HAHA. tak pasal2. bukan ape, alang2 dah pergi ingatkan nak samapi sane. tunggu punya tunggu.then bapak budak tu cakap " jom kita pergi depan sikit, sikit je" haha, sikit lah sangat. Alhamdulillah, sampai puncak woiii. bangga lak. haha. sebab takde orang pun mase ni, tour guide pun cakap, takleh datang sini buat mase skrang, cuaca tak elok. tapi kami sampai! haha. wee weee.


puncak!


kat cni jumpa benda pelik... tengok ni  ---->


lesung complete dgn alunya~


lepas tu, balik kat campsite smula, packing barang nak balik. aku dengar budak melolong melaung ape ntah. mungkin hepi sebab dah sampai. haha. and yess! jangkaan aku tepat, dorang hepi sebab berjaya sampai. haha. sengal! rupa2nya dorang antara 80 orang pelajar dari subang and putrajaya. wahh. toughnye! datang cni semata-mata nak hiking . congrate! tapi yang lagi excited, aku jumpa tour guide, bawak peserta dari singapore ! wuhuuuuuu. jauhnye datang!


aku sampai kat bawah, kaki terhencut-hencut. aku duduk, ade cina KL tegur " brapa jam mau sampai sana" banyak soal lak. tapi dia sengih sebab aku nampak penat, haha. abang aku yang jawabnye~


p/s: tempak puncak air terjun tu namenye kolam puteri. tempat bunian kot. patut pun ada lesung tu . dorang masak ctu la . hehe. aku rase je.


fakta : gunung stong merpakan air terjun tertinggi di asia tenggara. 


buat kawan2 semua, jom datang sini !

Thursday, March 10, 2011

i do on my own !

Assalamualaikum,

yay! excited dapat buat satu benda ni. aku berjaya siapkan baju kurung sendiri, dalam mase 4 hari. hahaha. jangan gelak! walaupun agak lame ( sebab kalau yang pro kejap je buat ), dah name lagi beginner. fuhhh. bangga kot tengok baju jahit sendiri. first time, on my own! ngeh3 :D


thanx to my mum gak, kalau dia tak paksa, takdenya aku nak blaja jahit. wee wee.


gambar takde. lambat upload. just put a trust on me, pleaseee percaya aku dah reti jahit baju sendiri. kah3. macam paksa suruh percaya lak. dah2. nak pakai baju buatan tangan ni =,='

Wednesday, March 9, 2011

Jangan fikir kita je yang betul.

Assalamualaikum,

nothing much to talk about. ecehhh, berterabur english nak speaking lak. hahaha. tu laaa. orang sume duk pakat masuk kelas bi kita duk bina lemak kat umah. ishhh. bukan taknak , takde transport laa :p alasan semata-mata.


takde ape nak cite juz rase annoying sket dekat one of my friends dekat fb. aku tak rapat ngan dia, tak pernah jumpa, tapi dah kenal agak lame. juz sekarang je tak chat macam duu. sebab kekadang aku macam takleh go on nga setiap status yang dia tulis kat fb.dia duk cakap orang lain itu ini, tapi dia?


yelahh, sume orang tak tahu salah masing-masing on the spot, tak sedar pun ape kita tulis. semua orang ada buat salah, termasuk AKU. sapelah kita kan nak betul semua. tapi, pikir laa dulu sebelum keluarkan statement ape2. even satement tu umum pun, then kalau ade orang terase camne. boleh pulak dia tanya " eh, kau terasa ke?" *pang. pang pang * sila tampar muka anda. haktuihhh. mulutttt. 


dah2. harap dia sedar sikit yang tak semua orang suka cara dia. ayat kubur kau kubur aku dah lapuk weyy. the end



p/s : adik aku cramp kaki tadi mase lari. kesian kau dik. bape botol painkiller dah telan? ish3. muda2 dh terok kaki .

p/s/s: aku dah beli no.pin maktab. semangat tak? haha. anda bila lagi...

Monday, March 7, 2011

permohonan ke maktab perguruan.

Asslamualaikum.


hai lepasan SPM 2010 ! ada cita-cita nak masuk maktab tak? jom klik --->



permohonan ni dibuka 7 MAC dan berakhir 22 MAC.        

tapi, sebelum tu, kena beli no.pin maktab ni kat BSN dulu. harga RM 6.00 je kut. nak tolong belanja aku pun boleh =)



- zzzzz. aku nak apply ke tak ni? huk3. malas betol nak pikir ni semua. tolong apply kan untuk saya boleh? haha :P -

Saturday, March 5, 2011

kejohanan sukan tahunan.

Assalamualaikum,

kali ni nak story sikit pasal kejohanan sukan. bukan sekolah saya mahupun sekolah awak. hewhew. ni sekolah tempat parents aku mengajar dan tempat adik aku belajar. biase laa, aku demand sikit nak ikut mak aku pergi sekolah dia. hahaha. bosan weyy duk terperap kat umah je. so, ikut je ah.


tetibe jer aku kene jadi pengadil mase untuk pelari tempat ke-5. never mind. daripada xde keje langsung. part paling best bile boleh tengok adik aku lari. dia wakil rumah sukan nilam=biru (sama macam aku dulu) dalam acara 100m lelaki A dan 4x100m lelaki A. sebenarnya, kaki dia injured. bila aku tanya, "kaki dah tak sakit ke?". dia akan jawab " dah ok". aku taw dia still sakit. tengok muka pun dah taw. (haha. bajet je reti bace air muka orang)




and yes, dia menang kedua-dua acara tu. bravo bravo. tergamam jap tengok dia lari. yang 4x100m tu dia jadi pelari terakhir. terkejut den tengok! bila mase lak adik aku jadi atlet sekolah. hahahaha. teringat lak zaman sekolah rendah, aku masuk 4x100 gak dulu. hehe ( tapi kat sekolah menengah jangan harapp, sekolah aku takde acara lari ni sume :(


selasa ni adik aku wakili sekolah dalam kejohanan olahraga PPD pasir mas/tumpat. so, good luck !


kemuncaknya, pasukan nilam tu ah yang menang keseluruhan. ok, congrate to them! delima 2nd place, topaz 3rd place and zamrud last! wahhhh. macam sekolah aku lak nak ulas lebih2. haha.


p/s: aku rindu wei zaman sekolah dulu. ASMA' !! huh, banyak kenangan. totally, kejohanan ni kire best gak ah. tapi aku rase sekolah aku dulu lagi meriah. yelahh. sekolah sendiri kan. huwhuw.


-lembat giler line tenet! aku nk upload gmbar pun fed up. -

Thursday, March 3, 2011

mentaliti kelas ke-5?

Assalamualaikum,


sape tengok 360 semalam? bukan nak cerita ape cuma aku macam tergamam tengok rancagan tu. semalam rancangan tu cuba temubual  " kaki kelab malam". astagfirullahalazim. aku bukan nak tunjuk bagus mahupun warak ye. aku cuma terkejut dengar statement-yang-agak-tak-masuk-akal.


wartawan tu agak kecil molek. aku rasa kalau orang yang ditemubual tu bangang ke ape, teruk kena. hoho. ramai yang ditemubual tu under age! umur baru 17 tapi fuyooooo. matured giler! aku 2 kali kot tanye abah aku " abah, ye ke 17? " (tak percaya sebab aku hampir 18 ni ramai ingat belum amek PMR pun) hihi


ade sorang tu, Islam, cakap " saje je lepak2 ngan kawan hujung minggu, kat umah bukan buat ape pun. name pun dah clubbing mesti laa having fun kan. minum2 tu biasa laa kan. kalau tak minum tak enjoy la. biase je bergaul laki pompuan. Islam ke tak semua same je kat sini. relax laa. DUNIA HANYA SEKALI " lebih kurang camni kut. ( dengan selambanya lelaki ni 'minum' depan wartawan.)


360 temubual gadis~ 17 tahun. 2 orang. " kalau dalam seminggu tak clubbing macam tak lengkap je hidup. macam mane pun saya cuba datang gak. parents tak tahu pun. saya cakap laa ade kelas ke, kena stay kat umah kawan ke, ade projek kelas ke. boring laa kan rumah."


mengaku Islam tapi perangai macam setan. Islam pada nama bukan pada sifatnya. perangai macam ni la setan duk tepuk tangan bersorak sebab gembira sangat dengan perangai dorang. mungkin hati mereka dah gelap. nauzubillah


aku nak kate 'bongok' pun semua ade otak. malah status pun budak sekolah lagi. ni salah satu tanda bumi semakin tua dimamah usia.. bawak2 lah bertaubat. aku syukur tak terdedah dengan najis arak ni semua. alhamdulillah. sesiapa yang masih terjebak dengan perkara mungkar ni, aku doakan diorang dapat hidayah. dan yang belum terjebak, semoga kita sama2 menjaga batas2 pergaulan kita. amiin.


salah satu cara mengelak daripada kemungkaran adalah dengan hati. caranya dengan membenci perkara tersebut dengan tidak mendekati dan melakukan perkara mungkar. namun ia adalah selemah-lemah iman. at least, kita cuba!!


p/s:

1) aku bukan bagus sangat nak nasihat lebih-lebih. tapi sesekali kita ada inisiatif nak sedarkan rakan se Islam yang masih 'blurr'.

2) maaf jika terasa dan terkasar bahasa. nasihat secara 'keras' kadang2 perlu.

3) kalau salah tolong betulkan. terima kasih..
.

Tuesday, March 1, 2011

tag?



Assalamualaikum


hai. dah kene tag oleh CIK RINA. redha lah kan. bhahaha   


Apa benda penting dalam hidup korang ?

awak! :p

Benda terakhir yang korang beli guna duit korang ?

air milo kat lamar bakti kot. tempat buat lesen. haha. aku lupa weyy! dush dush

Di manakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti ?

tunggu ade pakwe aku fikir lah. ;)

Adakah anda sedang bercinta sekarang ?

NO. 

kalau bercinta dengan laptop ok x? =.='

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?

hingga akhir hayat. ececeh~

novel/buku/majalah terakhir dibeli ?

Jet Jonah kot. ohhh,kunonya aku. 

Apakah nama penuh korang ?

Farah Hanan Bt Ahmad. memang dah tade soalan best lagi ke? haha

Antara mak dan ayah , mana korang lebih mesra ?

dua2 pun kite layann laa. haha
dlm siblings aku sorg je ppuan. 
so,yeahh. borak ngan mak je banyak even kdg2 die tak layan pun aku. hihi

Namakan orang yang korang betulbetul nak jumpa dalam hidup korang .

i have no idea bout dis. haha. blank ^.^

Adakah korang basuh baju korang sendiri ?


ye. aku dah jadi bibik dah skang.

Di manakah tempat yang betulbetul korang nak pergi ?

IRELAND ! haha. bajett lebih

Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag

schoolmate. naim 4eva. ewahh
tapi tak pernah tegur. haha. teroknya ^.~
dentist-to-be ( insyaAllah) :)

lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda ?

1)mama
2)abah 
3)abang
4)adik lelaki
5)kawan!

alamak! aku mengalami masalah memahami soalan macam RINA jugak . hahaha

Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar

insyaAllah. malay version punye!
haha. tergamam jap dengar. macam pure malay gitu.

Lima rakan blogger yang korang nak tag?


mc ah a.k.a farhah hayati

eh, tak cukup 5 lagi ke?
ok, AWAK laa.
ye2. takyah ragu dan was2 lagi.
awak la yang tengah bace ni  xD.



*macam tak betol sket hotak aku ni. rase dah terkena virus dari rina kut, haha. btw, fenattt weh main tag ni. HAHA* chill