" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Friday, September 14, 2012

here i am, UniMAP !

assalamualaikum..

2 hb lepas, selamat mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Perlis. buat masa sekarang, masih dalam proses menyesuaikan diri. hmm, tapi agak boring sebab aku takde member rapat pun :( redha jelah. selamat bergelar mahasiswi kejuruteraan elektrik sistem tenaga di bawah Pusat Pengajian Kejuruteraan sistem elektrik. kuliah aku ade 5 orang foreigner, 4 sudan dan seorang Yaman. so far so good. kelas majoriti lelaki.

kolej kediaman dan kampus aku jaraknya setengah jam perjalanan dengan bas. tsk tsk. jauhhhhnye. abah, buy me a car pleasee. haha.

takde mood nak type entri panjang2. haihh. akan update kemudian hari jika berkesempatan.

Thursday, August 30, 2012

hai2. sila stalk saya :p

assalamualaikum. Selamat hari raya 1433H ! ;)

haha. busy bebenor aku lepas 2 minggu raya baru wish. bukan lah, malas bukak laptop and menaip. ntahlerr takde idea barangkali & takde org bace kalau aku tulis pun. hahah. lol. 

banyakkkk sangat benda nak cerita tapi macam aku cakap malas nak taip. hee. raya kali ni aku buat sendiri beberapa jenis kuih raya & kek. dapat pujian sape tak suka kan. gitewww. haha. sebab cuti lama sangat so buat jelah kan. boleh gak save badget family aku ni. oh ya, tahun ni family aku semua pakai jubah. save bajet ! hehe. ntahlaa tetibe semua taknak beli baju melayu, so, aku decided hero-hero malaya umah aku ni pakai jubah je. cadangan diterima !


this is my simple family. alim style. hikhik


hmm.dah 4 bula lebih aku menganggur. aku jadi bibik kat umah jer. eh, tapi berat badan maintain 40 kg. err takde kaitan eh? haha. dulu ade rase gak nak keje tp akhir bulan 5 tu pergi umrah, aku rase ssh plak nak keje then cuti pastu letih ape semua. ahh alasan. esok dah nak pergi perlis. woot woot. sedihnyeee. tapi belajar lillahitaala. insyaAllah dipermudahkan.


aku sebenarnya nak update pasal kuar date ngan member naim lilbanat semalam. mc qist dtg amik dgn suzuki swift !:) memang gembira sangat even berdua dengan mc qist and mirah je. sebabnyaaa, aku memang gelak tak ingat dunia. gelak dari hati yang tulus murni ini. cewahh


kawan naim relax je kalau gurau suruh belanja, mmg belanja trus ah singgit dua tu. haha. setakat seposen dua tu tak berkira. dah anggap macam ade beradik. aku ade experience ngan bukan budak naim ah. seposen pun berkira weii. mmg laa susah kawan macam ni.

tapi tak bermakna kawan2 pasum tak awesome. ni sebab dah hidup 5 tahun dah ngan bebudak naim. sobsss. really miss you naimians0610.


btw, doakan aku kat unimap. ade mase and line ok aku update la eh. hehe. kbai. wassalam







Sunday, July 15, 2012

i'm electrical engineer-to-be. insyaAllah :)

Assalamualaikum.

13 julai 2012, semua budak yang lahir tahun 1993 lepasan matrik/asasi akan tertunggu-tunggu tarikh ni. termasuk aku. pagi tu around 10.30 ade orang bagitau result dah boleh check tapi aku tak xcheck pun. pergi rumah mak sedara sebab ade akikah. kawan2 duk tanye dapat mane juz cakap tak check lagi lah kan. hehe. balik dah nak maghrib, lepas mandi segala, aku relax lagi. nape ntah aku tak berminat nak check UPU bagai ni. haihh. mak semangat suruh check.

so, this :


terkejut. menangis ade sume. haha. aku manusia biase tak reti nak bersyukur. astagfirullahalazhim. so, sekarang dah terima kenyataan. mula2 dapat aku kerap mempersoalkan, kenapa electrical? kenapa UniMAP? kenapaaaaa? sob3. trustly aku menangis. haha. tak matured . nampak sangat. 

"sebenarnya Allah letak kita kat satu-satu tempat tu yang tebaik dah"-Abah :'( . should thanks both my parents, giving me inspirations. ma saya adalah mama yang terbaik buat aku. yeahh, sape tak sayang mak sendiri. die ade tepi aku mase aku nangis. haha. tak tak, tak nangis dah, farah mesti tabah !

aku sedih ade sebab sebenarnya, ade cakap " dapat UniMAP je?". takpelah, aku dah sedar sekarang, dulu kat pasum aku tak perform leklok. and aku dah anggap tu sebagai pembakar semangat sebenarnya. mane tahu every sem aku dapat dekan? ceewah. berangan. insyaAllah. who knows rite? doakan aku :) perancangan Allah lebih teratur. #SelfReminder


683 applicants with CGPA above 3.00 failed to receive any offers as they only agreed to accept options stated in their applications! -ini lagi pedih sebenarnya-

abang, aku, adik. semua ke arah engineering nampaknye. haha. aircraft maintainance, electrical, offshore. May Allah bless us. semoga dapat membalas jasa ibu bapa kami kelak :)

so, Assalamualaikum PERLIS, Assalamualaikum UniMAP, Assalamualaikum electrical :) kawan-kawan, doakan kita sama-sama berjaya ok? jazakallah. May Allah bless us.

Monday, July 2, 2012

umrah & ziarah :)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian.


post kali ni tiada niat untuk bermegah sekalipun. tQ

dah lama tak update kat sini. nak kate takde mase tu tak jugak sebab sekarang tengah cuti dengan senang hatinya :D tapi macam malas. hmm, i dont know why.
so, harini dah 3 minggu lebih aku balik dari tanah suci Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang tidak terhingga ini. Allah seru aku dan keluarga sekaligus untuk ke sana. subhanallah.
abang je tak dapat join sebab tgh final exam.

kota bharu --> kuala lumpur --> colombo --> kuwait -->jeddah

perjalanan yang amat memenatkan. sepatutnya direct terus dari KL ke madinah tapi Allah dah rancang sebaik-baiknya. bermalam di colombo semalaman dan transit di kuwait untuk beberapa jam.

first time masuk masjidil haram dan dapat bertentang mata dengan dengan kaabah, terasa sayu di hati. subhanallah. akhirnya air mata kegembiraan menitis di depan kaabah. Allah, aku rindukan baitillah, again. :( aku berpeluang solat di dalam hijr ismail. siapa sangka kan, hijr ismail sangatlah sesak tapi Allah dah bagi peluang untuk aku rasa solat dalam kawasan tu. lepas tu, Allah bagi pulak peluang pegang kaabah, Allah, kali ni memang aku sebak. aku menangis sambil pegang kaabah. terasa diri ini begitu kerdil di sisiNya.



suhu kat sini sangattt panas. sebab sekarang musim panas. hoho. ade hari yang lebih 50 degree. so, boleh bayang tak? syukur la kite kat Malaysia musim kemarau pun takdela suhu terlampau tinggi kan. yang paling teruk demam adik aku. orang lain biase2 saje.

sekitar hajarul aswad

selain menunaikan umrah, jemaah turut dibawa melawat tempat2 bersejarah contohnye ladang unta, hudaibiyah, jabal rahmah, dll. kat mekah ni, alhamdulillah family aku ramai yang bermastautin kat sini. moyang sedara, tok sedara, sepupu mak. ade yang dah kahwin dengan orang arab sini. comel gile anak die!! adik aku pun berkenan. haha .3 malam turut-turut makan besar. maksud aku, makan kibas sedulang. hoho. orang arab memang makan banyak. so, kalau orang Malaysia makan memang tak abis lah.


kibasssss.


hudaibiyah


family @ bukit safa

siblings :) jabal rahmah

perjalanan menuju ke madinah menaiki bas. 440km dari mekah. perjalanan hampir 6-7 jam kot. jangan risau. jalan kat sane lurus, bukan macam kat sini. so, takdelah pening sangat. kat Madinah ni tenang tak same macam kat Mekah. tapi aku lagi rindu suasana kat mekah. mungkin sebab kat sane lagi lame dr Madinah. kat sini boleh lawat makam Rasulullah dan para sahabat. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t.  perkuburan baqi', hanya jemaah lelaki yang dibenarkan masuk dekat. begitu juga makam nabi dan sahabat. so, untunglah wahai kaum lelaki sekalian. raudhah- salah satu dari taman syurga. nak masuk sini susah untuk kaum perempuan, banyak stages.

kat Madinah pun banyak tempat bersejarah. masjid quba', jabal uhud. ladang kurma pun pergi.

balik mekah, aku batuk teruk 2 minggu berturut-turut. batuk sampai keluar air mata, takleh tido and so on. alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya.

terima kasih banyak2 kt ma abah sebab mereka, umur belasan tahun aku dah jejak tanah haram, pengorbanan mereka hanya Allah sahaja yang tahu. syukur ke hadratMU Ilahi. moga Allah perkenankan doaku untuk ke sana lagi. InsyaAllah.

psst: got no idea. maybe akan di-edit balik. hehe. got things to do. wassalam






Thursday, April 19, 2012

D3 crews

D3 crews, Batch 35 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya :)


terima kasih atas semua kenangan. 

ikram, kimiey, farid, boss, faez, safwan, os, fadzli, iin, hilmi, 
amar, paan, hassan, syamir, fakhrul, azam,
farah, nadia, sella, anis, najla, syikin.



semoga ukhuwwah kita berkekalan. walaupun aku tak rapat sangat dengan korang, trust me, 
still, I MISS YOU ;)


kenangan buka puasa di klcc, hangout di OU, daki bukit broga. 
insyaAllah aku takkan lupa.

insyaAllah ada jodoh jumpa lagi. semoga ukhuwwah yang terjalin selama 11 bula ini berkekalan 
sampai bila-bila. amiin.

Tuesday, April 17, 2012

happy 9teen birthday to me :D

assalamualaikum.

alhamdulillah, praise to Allah. thank ma abah of giving birth to me. without you, i'm nobody in this world. moga aku terus istiqamah dalam menjalani hidup ini, insyaAllah.


the real me a day before celebrating 9teen bday :D


berkongsi birthday dengan amal :)

semalam lepak dengan budak group. just kimie, farid, ikram and nadia. tengok cerita cinta kura-kura berjemaah :p spending masa2 terakhir sebenarnya sebelum diorang balik harini. huuu. thanks all for the wishes. really appreaciate it :) terharuu sape2 yang btol2 ingat :))

Monday, April 16, 2012

broga hill for the first time :)

such a nice memory. lepas midsem haritu nadia, my groupmate ajak naik broga tapi tak jadi. at last, nadia msg, "farah, free tak esok? nak ajak naik broga pukul 3 pagi" haha. ak eksaited sangat. padahal mase tu demam. usaha sebaiknya makan ubat suruh kebah. hehe


seven of us:) first group sampai untuk tarikh keramat 16 april :D


bertolak dari UM around 2.45 pagi. 2 buah kereta. Ikram jadi driver. kete satu lagi hazwan.nak sampai sane around 40 minit je kot. start mendaki pukul 4 dan sampai puncak pukul 5 selepas beberapa kali berhenti. kaki nadia cramp banyak kali. 


aksi gedik dr kimie. hehe. gedik2 pun 4 flat XD


bakal 4 flat even tak gedik macam kt atas :p


nadia, groupmate a.k.a my bestfriend :) thanks to her. kalau dia tak ajak, tak merasa aku naik broga :D


mase tengah sembahyang, group 2nd sampai. alhamdulillah, tenang je semayang atas bukit. berjemaah 7 orang. turun bukit around 7.30 pergi masjid bersihkan diri then sarapan kat bandar kajang.


then kitorang pegi Sekolah Alam Shah sebab kimie, farid and adli nak pi amik sijil SPM dorg. haha. best jugak masuk sekolah dak laki ni. untunglerrr ada kawan budak SAS :))



ex-SAS termasuk aku dgn nadia. hihi

heading back to UM. thanks to the memory. thanks kawan2 yang sporting sangat. never expect to leave PASUM's friends with this sweet memory. thanks kimiey, farid, ikram, hazwan, adli and nadia. hope to see you agai,kawan.


Friday, April 13, 2012

i'm officially ex-PASUMians :(

assalamualaikum blogwalkers sekalian :)

aku nak guna bahasa baku ni XDD

today-13 april 2012, hari jumaat yang mulia ini, berakhirlah sebuah perjalanan selama 11 bulan di PASUM. to be truth, life kat sini happening sangat except part study. hahaha. study kat sini memang tough kalau tak reti bagi mase macam aku ni :D nevertheless, aku still mengharapkan keputusan yang terbaik untuk sem ni . doakan aku . insyaAllah, kalau ade rezeki jumpa lagi kawan2.

surely, I GONNA MISS YOU PASUM :'( D3 members, budak2 kelantan, budak perak. hahahhaa XD

half of geng budak kelantan kat PASUM

peneman study selama 11 bulan :)

the geng.



thanks PASUM for the memory. great memories ever.

Sunday, April 1, 2012

groupmate

16 lelaki, 8 perempuan. cool right? :D


 malam ni, terasa macam kitorang 8 beradik.


kawan utk ke kelas bersama :)

the groupmates!


thanks atas semua kenangan. till we meet again.

Monday, March 26, 2012

final exam sem 2 -..-

salam sejahtera, salam satu Malaysia #GayaPresiden

insyaAllah, jika dipanjangkan umur, aku akan menghadapi ujian penting, last chance as asasian at PASUM. do pray the best for me. moga2 setitip doa kalian dapat melancarkan sedikit perjalanan detik2 terakhir di sini. (skema giler ayat gue pagi ni)

ok lah, starting by 2 April sampai 13/4. aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester 2 dan kemudian akan bercuti selama 4 bulan kot. hehe. yeay on me!

*basic chemistry 3/4
*basic physics 3/4
*algebra & calculus
*statistic and probability
*engineering mathematics
*computer science
*english preparatory 2

9 papers to be settled down. *geleng-geleng kepala. now, jadual dah lengang sikit, study week. everyday pegi library and balik pukul 10 malam. mama, kakak dah jd zombie ni. duhh. sabar for the next 3 weeks. apepun, this friday ade oral presentation. do pray the best for me. thanks ;)


p/s: for u, good luck jugak. sy xmmpu nk msg awk via fon. cehh >,<

Thursday, March 8, 2012

worst ever fever.

sejak masuk UM, ni first time pergi klinik sebab demam. seriously tak tahan pening kepala. 
at first, nurse terkejut sebab blood pressure aku 137/114. gile!
aku pun xcaye sebenarnya.
kali ke-3 baru laa boleh pakai, tapi still tinggi kot;
127/97
ambikk kau. tak pergi lecture aku. first time xpegi tutorial ni. haha

btw, esok balik kelantan for my cousin's wedding.
cannot wait for it ;)

Sunday, March 4, 2012

malam emas asasi.


venue : Mahkota Grand Ballroom, Istana Hotel, Jalan Raja Chulan


3 mac 2012 :)
 thanks to the memory. nice dinner ever.  even at first tension dengan tudung, tu laaa, jarang pakai shawl tetibe nak pakai kan. haha

roomate :)

sedondon right? hahaha. aku pendek. a friend of mine. we call him YB :)
( xpasal2 kene serbu mkwe die nnti kang! haha )


#blurr with most famous and the best lecturer ever . mr.Z :)

 banyak aktiviti pelajar. hadiah utama cabutan bertuah henfon samsung kottt. aku semeja dengan princess of the night. hehe



thanks for the memory,PASUM :)


p/s: meja IS sebelah je kot :D

Monday, February 27, 2012

kem motivasi asasi awesome!



sabtu lepas, aku join kem ni which was organized by JKP asasi 2011/2012. sebenarnya penyertaan wajib, tapi, maklumlaa, diorang ni bukannye rajin sgt kan nk join :D




tak expect pun, aku satu group dengan roommate :) amal n paang skali. budak2 kelantan jyeahhh. haha
;


aku join XXY factor. this is my partner. dah paang sorang je lelaki. ni antara aktiviti kena buat :

‎1) naik tangga sampai tingkat 9 then turun balik.
2) cari tudung botol dalam tepung pekat cmpur kertas
3) minum concentrated NaCl, telur mentah + lada sulah, kopi serta serbuk, kicap masin, air limau serta biji.. Paang mkn 1/4 tembikai kottt.
4) tangkap angsa. - failed ! sob3 -..-

kejam kan yang no.3 tu? hoho. redha jer aku -..- sekali aku buat, aku kena habiskan. haha. kecuali part last tu, serius aku geli semua jenis binatang, maksud aku nk pegang bulu binatang tu. paan pon xnak tangkap. duhh. xpelah, jadi finalist pun ok. tapi rase nyesal lak tak tangkap. haha


iron chef. nampak tak sandwich tu? haha


judges + fasi. siap aku kene present. hadoii


aku rate 9/10 kott. thanks kepada semua yang menjayakan aktiviti ni. next, malam emas at hotel istana :)

Friday, February 17, 2012

lepas satu halangan.

alhamdulillah, 9 papers for midterm dah selesai. phewww. sangat penat ! and aku tak tahu aku jawab ape chemistry 4 tadi. haha. macam tak belajar !

gonna have weekend wif bro and kazen at putra villa condo, gombak. bye2 kk12 for a while :) roomate lagi best, balik kelantan! ini tidak adil tidak adil bagikuuuu. hee

lecturer siap pesan suruh siapkan tutorial for next week. what a day!  lab report pun tak terbuat lagi. duhhh

next mission ; FINAL. Allahumma yassir wala tuassir. semoga dipermudahkan.

Monday, February 6, 2012

midsem mood; datanglah padaku

Assalamualaikum, salam 1 malaysia ;)

hmmm, seminggu je lagi nak exam, tapi perangai.... malas gile ! huuuu, tragis.
algebra calculus/ statistic prob/ chemi 3/ chemi 4/ phy 3/ phy4/ sc comp/ engineering math/ english preparatory jom dating ngan aku 0_0  9 subjek. sentap makkk nak cover ni. semput. anyway, do pray the best for me and all pasumians. thanks


semalam study group wif luq, ten, amal then heading to kfc by taxi . balik jalan kaki weh. haha. sebab sambil2 nak explore UM kononya. at last pagar belakang UM tutup. haihh, guna jalan depan jgk. jimat RM5. haha





pakai seluar track je. kau hado? ngeee.

p/s: TERjumpa IS dekat cafe semalam. wuuuu -,- gatai noo
p/s/s: another two month here >,< cepatnyee

Friday, January 20, 2012

mid sem + CNY holiday ;)

salam semua,

it has been a loooooong time x balik umah. cukup2 dua bulan kot. last datang cni 19/11/11 then balik kelantan 20/1/12. tabahnyee aku. haha. bas pukul 10, naik di hentian putra. maybe this is for last time sbb final nnti parents datang ambik kott. tak sabar nak peluk ma abah, nak pegang strereng kereta. heee -,- adik aku dah advanced dari aku. so munir, lets meronggeng ! haha. nak jumpa budak ni ------>


damn cute right? #eh

packing tak siap lagi sebenarnya >< ok2, naik teksi pkul 6.30 sbb mybe jammed!


p/s: harap2 aku study nnti :D midsem dah dekat weii. KELANTAN, here i come ^^. cam duk oversea bertahun je .

Tuesday, January 17, 2012

tak rugi belajar di sekolah agama.

Assalamualaikum wahai makhluk ciptaan Allah sekalian :)

sekarang ni free. kelas dah diganti awal2. Alhamdulillah. xde keje kan aku mengadap laptop? haha. sebenarnya, aku nak cerita pengalaman aku, betapa syukurnya parents aku hantar aku ke sekolah yang ade A which means Agama pada pangkalnya. aku baru betul2 sedar, effect untuk aku. tambah2 lagi suasana sekarang,, uni life yang semestinya kurangnya santapan rohani (especially tempat aku). dan makin bertambah syukur, mak aku paksa aku duduk hostel. Alhamdulillah.

haritu ade kawan aku cakap "abah saya tak bagi pergi sekolah agama sebab physics chemistry kan lagi penting bebanding agama, kite kne fokus, SPM kan tak pentingkan sangat subjek agama" serius aku rase macam errrr whats wrong die ni. bukan aku nak cakap aku baik, walaupun dulu aku belajar kat sekolah agama..

tadi baru lepas berbahas pasal solat jama'. ahhh, aku tak paham la, asal susah sangat nak terima pendapat aku? aku tahu aku tak warak tapi alhamdulillah ilmu syariah tu masih ade. jangan pandang sebelah mate bab2 agama ni.. tapi aku tak salahkan dia, dia ada hak taknak percaya aku kan.

dulu aku terpaksa duduk hostel, sebab rumah jauh dan taknak laa mnyusahkan parents aku nak hantar pagi2. mula2 agak homesick dan siap fikir, "mak aku tak sayang aku ke?" haha, childish btol. TAPI, you know what, kat asrama aku wajib berjemaah maghrib isya', ade tazkirah lepas maghrib, ade senior yang selalu bagi talk dan peringatan, time bulan puasa, sama2 bace al-quran, hoping that at the end of Ramadhan, kitorang dapat khatam sama2. ohhh, rindu suasana tu. tapi, kalau aku kat rumah, aku rajin ke buat semua tu? aku mungkin akan menghadap homework je kot. benda kite malas buat, kalau dipaksa, akan jadi ibadah yang ikhlas jugak. btol ke ape aku cakap ni? correct me if wrong..

kat universiti, dah jarang orang nak bagi nasihat, nak peringatkan benda yang salah, macam aku, aku pernah cakap kat kawan2 benda yang aku rasa patut diperbaiki, kau ingat diorang nak percaya ke? susah! manusia kan, semua anggap diri betul. cara berhikmah macam mana lagi nak cakap, manusia ade tahap kesabaran tersendiri. kalau aku, tahap marah nak naik ke kepala, aku diam, better for me. kalau tak masalah lain yang timbul.

aku nak cakap untungnyaa belajar kat sekolah agama, tapi asal lain pulak aku taip. hoho. hmmm, dear junior sekalian, jangan merungut kalau parents hantar ke sekolah agama, ada hikmahnya. terima kasih ma abah, because of you, aku boleh kawal diri aku.


#proud to be naimians

5 tahun ditarbiah dalam suasana yang totally different dr uni life. 
pleaseee appreciate your memories.><


ayat aku berterabur. faham2 jelaa ape point aku. hihi :) 

Sunday, January 1, 2012

2012

salam,

nothing great on first day in 2012 as i stuck here, in my college. HAHA. need to accompany my roomate to PPUM as she got fever.to be honest, this is my first time in trauma & emergency department. (aku tak suka pegi hospital sebab buang masa and boleh buat aku naik darah. hehe) yess, waiting for 2 and half hours. boleh pening la jugak tunggu lame2. PPUM, upgrade service boleh? HUSM is better maybe.




aku just countdown nak balik ni haaaa, CNY, i'm waiting for you. arghhh, cannot wait. miss my family damn much.


i hope i can get through all 366 days. 2012, please be nice to me. another 3 & half month in PASUM, then where? pray for me, hope i get what i want in degree, soon. insyaAllah




p/s: japan earthquake ke? #prayforjapan. wahai rakan2ku, petanda Allah, lah tu. jom buat baik :)