" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Saturday, December 31, 2011

hari terakhir 2011.

hello cun girls and hensem boys sekalian. ok gedik. ampunnn

hmmm, 31 DISEMBER dah rupanya. to be honest ,aku nak cakap, cepatnyaaaa masa berlalu. kalau nak ingat, banyak kot kenangan 2011. sedih gembira tahap dewa, terkejut and what-so-ever lah.  awal 2011 memang aku lepak buang masa goyang kaki kat umah. hehe. maklum laa lepasan SPM. yang penting, aku dah dapat lesen P. kau hadooo? hehe, berlagakk.

29 mei, mendaftarkan diri sebagai pelajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya and i can adopt here. but trustly i hate the syllabus. hahaha. trololol. but soon, i'll miss this right? hargai ape yang ade. tapiiii, banyak jugak pengalaman kat sini, and kelas aku majoriti lelaki- 16 lelaki 8 perempuan. cukuplah ambik 2 sorang. haha.jk. belajar kat asasi tak semudah yang di sangka, so to my brother, munir jangan kau memandai nak mintak PASUM nnti. kekeke


balik raya pagi dan sampai tengah malam. 15 hours on bus, ok. ni memang xleh lupa, haha what a memory ! aku dah tukar balik nama samaran- farah. so, hanan is available for naimians only. family,kawan sekolah rndah & asasi call me farah :) tp ade one guy dok panggil aku hanan, haihhh masalah betol ><


penghujung 2011 diuji dengan pemergian mengejut bapa saudara. al-fatihah. tapi aku dah redha. setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan kita. aku just berdoa, kazen2 aku tabah, i know the're strong enough to face this.


macam banyak idea nak tulis tapi tetibe blank. ehhhh, teruk btol. tapi kawan-kawan, lets move on. takyah nak menggedik nak buat azam baru kalau yang lepas punnnn tak tertunai. hehe. xpe, ni azam 2012- nak sempurnakan azam lepas. lol. ok2, juz kidding. buatlah azam baru. hijrah orang kate. btw, jom same2 tunaikan hak akhirat sane jugak ^^

really miss this. tudung labuh ><

Saturday, December 24, 2011

Al-fatihah.

pagi tadi aku dikejutkan dengan pemergian bapa saudara tersayang, Hj Muhammad bin Hj Mohd Daud yang juga merupakan ADUN TENDONG. moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 beriman. amiin


innalillahi wainna ilaihirojiun
.

hati aku nak balik sejak dulu lagi, kenapa aku tak ikut kata hati? aku tak beli pn tiket balik cuti ni. moga makcik aku, serta sepupu aku, fathi, baharudin, kamal, kamil, nuha & huda tabah mengahadapi ujian ini.


p/s: 12 miscalled & 3 message pagi tadi. nenek aku sempat berborak dgn arwah 2-3 jam sblm arwah tiada. alhamdulillah.

Tuesday, December 20, 2011

how to stop crying?

salam petang selasa readers sekalian :)
ini entry panjang...mampu nak baca?

tujuan menaip ni tidak lain tidak bukan, aku nak cakap, korang, semalam result sem 1 PASUM keluar !!!! hahaha. hancur luluh hati aku sebenarnya. cuba kawal riak sedih. aku tak mampu... aku tak mampu Ya Allah.  my tears keep rolling down. sampai bile? masyaAllah. teruknya aku. nampak sangat tak bersyukur.

sepatutnya ade 2 tests petang tu, nasib baik cancel, kalau tak aku tak boleh jawab punye. at first, aku tak tahu result dah keluar, tapi bile nak pegi makan, kaunter kat pejabat dah buka. masyaALLAH. hati aku dah tak keruan. makan nasi ayam tapi takde rase. can you imagine?

ok, one of my fren, hisham dah dapat tapi memang aku jangka die 4. a big cgrate for him. then bile aku dapat slip tu, ingat taknak tengok dulu tapi dah TERtengok. nasib baik tak rebah. kebetulan hisham ade area pejabat, paksa aku tunjuk result. tangan aku ketar, serius! ok, aku terima kenyataan ini. aku berjalan balik kolej tapi ibarat tak berpijak di bumi yang nyata (cehh). nak dekat sampai kolej, ya Allah, air mata nak keluar, farah, sila sabar. bilik dah dekat.

sampai bilik, aku rebah, ye, rebah atas katil. hehe. aku takde kekuatan nak bagitaw mak aku. kawan aku datang bilik and yeahhhh, anis got 3.89. air mata macam dah nak keluar tapi aku pujuk hati aku, then dia cakap "farah, awak ok". sori, mata aku dah tak boleh tahan. i need to cry. anis suruh aku kol mak aku tapi aku nak kol time die ade? sori laa.. tak lepas hati ni nak cakap kalau ade orang lain. tak selesa kot. lepas die keluar, aku kol. ok....maaaaaaaaa, akak mintak maaf. memang aku takleh tahan dah yang ni. mak aku pujuk, syukur laa aku xde fail. tapi hati manusia tak akan puas kan?

then, tetibe nak kol mirah, you know what, aku takleh cakap pun, menangis je, haha. truknyaa. lepas tu msg mak aku,




 saya sayang MAK saya.


aku menangis start pkul 2 lagi kot. haha. patut laa mata jadi bengkak. kekeke. hmmm, ni mungkin ramai keliling aku 4 rata. tahniah kimie, iin & azam.  tapi kimie ade bagi semagat, yeahhh classmate...

kimie teror... nnti ajar aku.


roomate aku balik kelas, aku sambung nangis lagi. Ya Allah, Ya Allah. janganlah kau tarik rezek ini. aku tahu aku tak bersyukur.. aku mula terima kenyataan, bahawa setiap ape yang berlaku ade hikmahnya kan?

aku tak cukup kuat kan? kenapa aku macam ni??? kamon farah, rezeki Allah luas.
guys, jangan jadi macam aku. heee.



p/s: jangan tanya aku berapa, kalau dah menangis teruk tu takkan 4 rata kan? sem 2 ade lagi kan? kenapa nak mengalah? bad result,but not bad enough to make me suicide. thanks PASUM, kau mengajar aku, betapa peritnya berada di bawah. tapi aku akan bangkit, INSYAALLAH.


peringat untuk diri sendiri : kejarlah kejayaan dunia, tapi akhirat jangan lupa. remind me when i am down. ajar aku nikmat hidup sebenar :) thanks mum and dad who always support me behind. moga Allah berkati hidup ini. amiin

Saturday, December 10, 2011

eclipse?

salam..
harini gerhana bulan kan? ruginyaa aku tak dapat tengok full. mengalami kesukaran sebab blok aku terlindung sikit. btw, this is what i get~


effect kamera semata-mata but i love this ! :)

ini dari kawan fb, 

telur berdiri tegak.

and this is from planetarium negara..



SUBHANALLAH. kuasa tuhan. :)







Saturday, December 3, 2011

kahwin awal?

salam.
hello & hye !
haha. its weekend already and i just lepak-ing in my room. takde mood nak g wayang eventhough ramai yang ajak pi tengok ombak rindu. wuuuu. best ke? lagipun mak dah pesan jangan tengok wayang sangat *mendengar kata*. mesti ramai yang pergi date nih kan? haha.

sejak kebelakangan ni, aku tengok ramai glerrr kot kahwin awal. hmmm, maybe sebab aku baru jumpa link2 blog yang most of them nikah mase umur 19 !


haha. don't misunderstood. it's not me lah. my roomate. bagi aku, aku tak pernah fikir nak kahwin awal. seriously ! ( pakwe pn xde ade hati nak kawen. hihi) . since form 1, aku duduk hostel. so, aku fikir, lepas ni aku nak spend time with family dulu laa. hahaha. (suka hati laa nak cakap ape)

hmmm, cuba check link ni. http://myraluvherlife.blogspot.com. umur 19 dah kahwin. 6 tahun bercinta kottttt. and alhamdulillah, dorang bahagia :D

juga blog ini http://ariana-solahuddin.blogspot.com. memang amazing gila hidup dia. gua tak tipu sama lu lah. haha. aku respect and tabik spring ah kat dia. syukur, dia dapat hidayah Allah. realiti ! blog macam jalan cerita novel. >.<

tak salah kahwin awal, means dorg dah matured kan nak galas tanggungjawab bagai. yang penting, dorang dah istikharah, minta petunjuk Allah dan dapat restu parents.

okay, sila blogwalking sekarang jika tak percaya ! XD


p/s: sapo2 nak kawen tu ajok aku weihhh. haha

Thursday, December 1, 2011

don't let me down.

salam..
hello december :)

this week, aku tersenarai antara orang yang perlu attend kelas 'teeeeeettt' for algebra & calculus. means aku dapat markah yang rendah agaknya. what a bad ! silently, i cry and cry and cry. sampai bile aku nak bagi parents aku tersenyum. ohhh farah.


kekadang, time study atau buat tutorial pun aku boleh nangis teringatkan benda ni. how weak i am T.T..i keep motivate by myself. stay strong tp mata aku xleh tahan. i need someone that can understand my feeling right now and yeahhh, i have strong enough to face this. aku redha ! aku redha !




"wahai masalah,aku kuat kerna aku ada allah maha besar"
-credit to k.aimi-