" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Thursday, March 24, 2011

GIVE ME ANOTHER CHANCE......................

Assalamualaikum,


tengok tittle pun dah tahu kan betapa kecewanya aku. yes, frankly speaking, aku sangat2 kecewa. even aku memang takde laa geliga sangat.. aku still mengharapkan yang terbaik. aku sedih tengok orang sedih. faham kan? mase ambil result semalam, parents aku dua2 datang, mungkin merasakan aku boleh bagi kegembiraan buat mereka, untuk kali ketiga, aku dah cakap " kalau boleh kakak nak pergi ambil result sorang2". memang betul, aku dah buat mereka kecewa, ya Allah!




lebih mengecewakan, subjek yang aku dapat b, semuanya B+. aku pujuk hati aku, redha farah, redha! Allah knows the best for us. perjalan masih jauh. quote ni jugak aku hantar kat kawan2 aku yang turut bersedih :(   aku tak mampu fight result abang aku, result kazen aku... arghhhh. aku nak pilih kos ape lepas ni?

semua ayat pakcik, makcik, sepupu aku yang kol same je, nak pujuk hati aku la kot.


" takpe laa, ok dah tu"

" kita usaha, usaha dah. rezeki dah setakat tu"


thanks a lot to my family, tak putus-putus bagi moral support. lepas ambil result, aku terus nangis. hahahaha. aku dah tak kesah juniors tengok ke sume. tapi ape pun aku kene syukur kan..Alhamdulillah~


ayat pakcik aku terbaikkkk. dia tahu aku kecewa! kecewa!

" jangan dongak ke atas, pandang orang bawah kita"


Aku percaya Allah Maha Adil. mungkin ada hikmah di sebaliknya. semoga aku akan strugle lebih lagi lepas ni. harap azam ni bukan hangat2 tahi ayam je. dan semoga aku dapat ape aku nak lepas ni. course, universiti mahupun kerja yang baik. insyaAllah. doakan aku kawan-kawan !



 and, ini aku dapat dari blog rina, sedikit sebanyak, aku tenang sikit,

1)kenapa aku diuji ?

JawabNya (al-ankabut:2-3) - sebab kita dikalangan orang beriman .

2)kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

JawabNya (al-baqarah : 216) - boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . ingatlah , Allah jua yang mengetahui
3)Kenapa ujian seberat ini ?
JawabNya (al-baqarah:286) - tidak dibebani sesorang dengan apa yang tak mampu dipikul
4)kenapa rasa kecewa ?
JawabNya (ali-imran:139) - jangan bersedih dan lemah .sesungguhnya kita antara orang yang paling tinggi darjatnya .
5)bagaimana harusku hadapi ?
JawabNya (al-baqarah:45) - minta pertolongan Allah dengan sabar dan istiqamah .
6)apa yang aku dapat daripada semua ini ?
JawabNya (al-taubah:111) - Allah menjanjikan syurga untuk kita . Insya-Allah.
7)kepada siapa ku berharap?
JawabNya (al-taubah:129) - tiada Tuhan selain Allah .


p/s : hati aku tersentak, perasaan sedih tetap ade, bila orang tanya pasal result. TABAH FARAH !

12 comments:

rina mohamed said...

Hm .sabar keh .
sy pn sero tenang cket lepas
baca mesej tu .
ingat , perjalanan kita jauh lagi tau .
jgn hangat2 tahi ayam .bia sggh !kita buktikan pulak .kat u nanti bia kita boleh pointer 4.00 mace .HAHA
usaha usaha usaha :)

iza zaty said...

farah,sabar k. zaty pun trima nasib yg sama. sedih tapi percaya allah sntiasa ada dgn kte :) tabah dn redha k.

N. artikah said...

its ok my dear...
ore dlu pon gtu jgk..
berkat usaha..dpt gop msuk u..
sme jer..kot mne2 ade rezeki kite..
mngkin Allah tkdirkn kite b'jaya kt tmpt laen..spm xde pape pon sbenarnyer..=)

Anonymous said...

sabar hanan. kita sama. baca mesej tu, jadi tenang sikit. Allah syg kita, kan kan? :)

faRaH said...

@rina

yup, SABAR.
insyaAllah. semangat tinggi tu.
4 flat sokmo deh. haha
chill chill xD

faRaH said...

@zaty

yup, saya pun..
belajar menerima hakikat.
tak selamanya kita boleh gembira.
Allah knows the best 4 us.
struggle lagi! chaiyok :D

faRaH said...

@ kak tkah

yup, thnx ye.
jadikan kak tqah sbg idol :p
tak semestinya spm 'xcomel', dh gagal~pray 4 me!

faRaH said...

@hannan.

Allah ade. sabar!
yup, Allah sayang kita. berdoa dan terus berdoa =)

Izzati Hashim said...

Salam.

Sis, this for you. bacalah (=

http://izzatihashim.blogspot.com/2011/03/buat-mereka.html

faRaH said...

wslm.

thanks kak =)
mngubat hati yg lara. hehe

Mieyrah said...

chill dear!lpah ak baco msj mg ata...i'm started to accept it..thanks!

faRaH said...

yup. mula2 mcm xleh trima. hehe. then, kita ptt syukur laa kan. Allah dah bg yang terbaik ! :D