" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p
Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Friday, March 25, 2011

Lets move on.

Assalamualaikum,


hai. hai. hai. hari ni saya dah tak sedih. hahahaha. tapi tak taw laa kot2 petang nanti, tengah lonely, teringat kat result lagi. haishh. susah nak buang prasaan ni. tapi, i have tried. tak salah pun. hati pun ada perasaan. cuma, pandai2 kawal la kan. bak kate kawan ak chill pah ceroh.  chill chill xD




satu berita baik, a friend of mine, fais ziad adalah antara pelajar terbaik KELANTAN. 10A+. bekas kp sekolah rendah aku merangkap rakan sekampung aku. teman seperrmainan je dulu. he deserve it. bangga jugak bila dapat tahu. wahhhh. jeles lak. haha. tapi mase aku msg dia, humble je balas. yelah. takkan nak riak pulak kan. satu lagi, izzat syameer, pelajar smka lati, 11A+. kawan satu kem dulu (skspm). tahniah kawan2.


aku sakit kepala teruk. semua orang cakap gara2 aku fikir about result tu. hmmm,ntahlaaa. for sure, aku dah start belajar terima kenyataan tu, redha, dan perlu kuat semangat !!


give me some sunshine,
give me some rain,
give me another chance,
I wanna grow up once again.


ni antara lirik yang aku ingat. 3 idiots. sape tak tengok rugiii. haha. sebab aku rase self-motivation aku naik sikit lepas tengok cerita ni. bagi aku la......



so, tak kira laa i decide nak pergi u ke...nak pergi matriks ke...nak pergi maktab ke... asalkn aku tak tersilap lagi lepas ni. insyaAllah. doakan aku kental semangat lepas ni. fighting !!! kawan2 bloggers mahupun schoolmate sekalian. good luck.





PROUD TO BE NAIMIANS ( BATCH 2010)
rekod : no. 2 antara sekolah terbaik kelantan.( gps 2.09)
> masih belum dapat mengalahkan sms faris petra
> namun tersenyum bila dapat mengalah 2 buah sekolah sains ( sms p.puteh & sms machang)

keputusan: kecemerlangan semua subjek lulus 100 %
> BM semua A ( 159 A+ dr 179 orang)

yang utama:
26 orang straight A's ( 11A)


tahniah3. terima kasih cikgu2. jasamu dikenang ! budimu disanjung !

Thursday, March 24, 2011

GIVE ME ANOTHER CHANCE......................

Assalamualaikum,


tengok tittle pun dah tahu kan betapa kecewanya aku. yes, frankly speaking, aku sangat2 kecewa. even aku memang takde laa geliga sangat.. aku still mengharapkan yang terbaik. aku sedih tengok orang sedih. faham kan? mase ambil result semalam, parents aku dua2 datang, mungkin merasakan aku boleh bagi kegembiraan buat mereka, untuk kali ketiga, aku dah cakap " kalau boleh kakak nak pergi ambil result sorang2". memang betul, aku dah buat mereka kecewa, ya Allah!




lebih mengecewakan, subjek yang aku dapat b, semuanya B+. aku pujuk hati aku, redha farah, redha! Allah knows the best for us. perjalan masih jauh. quote ni jugak aku hantar kat kawan2 aku yang turut bersedih :(   aku tak mampu fight result abang aku, result kazen aku... arghhhh. aku nak pilih kos ape lepas ni?

semua ayat pakcik, makcik, sepupu aku yang kol same je, nak pujuk hati aku la kot.


" takpe laa, ok dah tu"

" kita usaha, usaha dah. rezeki dah setakat tu"


thanks a lot to my family, tak putus-putus bagi moral support. lepas ambil result, aku terus nangis. hahahaha. aku dah tak kesah juniors tengok ke sume. tapi ape pun aku kene syukur kan..Alhamdulillah~


ayat pakcik aku terbaikkkk. dia tahu aku kecewa! kecewa!

" jangan dongak ke atas, pandang orang bawah kita"


Aku percaya Allah Maha Adil. mungkin ada hikmah di sebaliknya. semoga aku akan strugle lebih lagi lepas ni. harap azam ni bukan hangat2 tahi ayam je. dan semoga aku dapat ape aku nak lepas ni. course, universiti mahupun kerja yang baik. insyaAllah. doakan aku kawan-kawan !



 and, ini aku dapat dari blog rina, sedikit sebanyak, aku tenang sikit,

1)kenapa aku diuji ?

JawabNya (al-ankabut:2-3) - sebab kita dikalangan orang beriman .

2)kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

JawabNya (al-baqarah : 216) - boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu , dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu . ingatlah , Allah jua yang mengetahui
3)Kenapa ujian seberat ini ?
JawabNya (al-baqarah:286) - tidak dibebani sesorang dengan apa yang tak mampu dipikul
4)kenapa rasa kecewa ?
JawabNya (ali-imran:139) - jangan bersedih dan lemah .sesungguhnya kita antara orang yang paling tinggi darjatnya .
5)bagaimana harusku hadapi ?
JawabNya (al-baqarah:45) - minta pertolongan Allah dengan sabar dan istiqamah .
6)apa yang aku dapat daripada semua ini ?
JawabNya (al-taubah:111) - Allah menjanjikan syurga untuk kita . Insya-Allah.
7)kepada siapa ku berharap?
JawabNya (al-taubah:129) - tiada Tuhan selain Allah .


p/s : hati aku tersentak, perasaan sedih tetap ade, bila orang tanya pasal result. TABAH FARAH !

Tuesday, March 22, 2011

tak sampai 5 minit lagi 23 mac 2011 ~

Assalamualaikun,

ye! aku tahu. 23 mac 2011 means semua budak2 yang lahir tahun 1993 tertunggu-tunggu.

aku lahir tahun 1993 gak.

so, kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk saya. kawan2 saya jugak. Allah knows the best. redha!

insyaAllah, kejayaan milik kita semua. amin3.

p/s : aku demam, tapi bukan sebab result. ade sebab lain ye. untuk result, aku takde perasaan pun. betul! tak tipu. petanda result COMEL? insyaAllah. sama2 doakan~