" jangan kejar kejayaan, kejarlah kecemerlangan dan jangan memulun " -Ranchoddas Chamaldas Chanchad :p

Saturday, January 25, 2014

hati

kalau kita berdepan dengan sweet talker macam mane?

ya awak, usah menabur harapan.

ape aku merepek ni? haha





cuti sem 3. hehehehhe. jom jenjalan wahai girlfriends ku :)


Friday, December 13, 2013

crazy week.

moga Allah permudahkan segalanya.

tests. assignment. mini project. lab report. journal. quiz. FINAL EXAM !




ohhhh student life.
enjoy my day as student :)
chill ^^

Rabbi Yassir Wala Tuassir.


p/s: jangan lupa tugas untuk akhirat juga :)

Thursday, December 5, 2013

viva mini project.

Alhamdulillah, digital electronic II mini project dah selesai. hmpir 1 sem dok pikir bende ni -_-

altera board. harga dekat 5k.

kitorg buat mobile power bank. asalnya bende lain. last minute br nk proceed dengan yang ni. dengan group member yang susah nk cooperate. huh. sabar jelah. Allah tengah uji tu :)

draft jadual final dah kluar. maknanya tak lame dah tuuu. most important thing, banyak gile assignment + test dalam 2 minggu sebelum study week ni. may Allah ease. goodluck semuaaaaa :) bittaufiq wannajah.

Tuesday, October 29, 2013

TEST. midterm exam

minggu yang sibuk. tapi sempat on9. hmm biasalah.

tadi tengok post best student spm dulu. " aku rasa macam dah feed up. macam nak quiet study"

weehh best student cakap macam tu. apatah lagi aku. tapi tu sume sebab stress. aku pun macam tu. minggu2 kritikal. test test test. Allah.. ni baru duniawi orang kate..

selalu tengok student oversea post gambar. ya Allah jelesnye. tetibe terfikir, amalina, jom sambung master oversea ! hehe. die communication, aku electric.. tapi belajar lebih kurang je.. hmmm. insyaAllah kalau ade rezeki :D

btw, esok test 1 Electric Circuit II. doakan :) Allahumma Yassir wala Tuassir.

"kalau kamu failed test 1, kamu kene drop subjek ni" (miss melati, 2013)

deborrr.

Monday, October 14, 2013

rindu

sejujurnya aku rindu "alma mater".

rindu naim lilbanat.

rindu sekolah perempuan itu.

rindu tarbiyah naim.

rindu girlfriendssss aku.

rindu hostel itu. baitu thalabah naim lilbanat.

rindu bahasa arab. :D

rindu kawad.

rindu melodi naim. soutun naim.

rindu surau naim. zikir versi naim. ohhh merdu sungguh.

rindu selawat badriah.

...... banyak sangat nak list.....

rinduuuuuuuuuuu semuanya. dah 3 tahun berlalu rupanya.

move on. kenangan itu biarlah sentiasa tersemat di hati :)




korang rindu tak? hehe

Friday, October 11, 2013

konvo abang :)

Assalamualaikum & salam sejahtera. salam Jumaat penghulu segala hari.

harini bermulalah cuti sem kami. harini dah xde kelas sebenarnye,cancel tibe2 tapi takde tiket oiii. so terpaksa tumpang pakcik. tup2 dapat tahu die ade meeting pulak. hadoii. ahad laa baru balik. kalau ade teman nak drive, nak je aku bawak balik kembara tu. haih. wahai classmate lelaki, muncullah diri korang. jalan grik tu agak bahaya, tak mungkin abah aku bagi.

nak cerita pasal konvo nabil. abang aku. 21 september lepas. cikidaut

tahniahhhhh. the eldest one.

Bachelor in Aircraft Engineering Technology (hons) Mechanical ;)

adik beradik :)

bakal graduate.3 tahun lagi. Bachelor in Electrical (Energy Systems) Engineering (Hons). 
ceewah. aminnnnn


kalau dulu die terima offer ke jepun, maybe dah lame aku fly ke sana ni. mybe laa. haha. apa2 pun, rezeki Allah semua. rezeki jugak dapat tengok abang konvo depan2 mata gittew. sebenarnya hanya 2 orang dibenarkan masuk. ma abah je laa. aku ngan adik2 p lambat sikit, merayau2 dalam PICC tu then tetiba masuk dalam dewan tingkat 3. rupanya tu tempat nabil terima scroll. rezeki kan. yang jaga pintu pun tak cakap apa. masa aku masuk, budak bussiness tgh terima scroll, then baru course nabil. harap ni boleh dijadikan pembakar semangat gittew.

paling terharu bila tahu dia dapat first class honour. 3.70 if not mistaken. takyah bayar MARA. how can i beat u laaa brother ? -.-

so, nampaknya dah 3 orang ke arah engineering ----> electrical, offshore, aircraft.


doakan abang aku dapat kerja cepat2. nak merasa dia belanja adik die ni pulak. haha

aku sanggup ke KL dari perlis. wohooo. demimu. thats all. selamat bercuti semuaaaa. selamat hari raya Aidiladha. maaf zahir batin :)


p/s: lepas cuti ni banyak benor test. fuhh
p/s/s: hmm awak takyah jd sweet talker sangat. kene ingat, saya stalker tegar. haha. ke guano? :p

Wednesday, September 11, 2013

PPMS :)

Assalamualaikum..

harini dah 11 september means dah 3 hari start semester baru. agak nervous sebab subjek agak tough wooo. tapi insyaAllah, cuba selagi mampu :) kolej kediaman dah berpindah ke taman semarak. area kuala perlis. rumah teres ! agak best tapi kedai makan tak banyak. nak keluar bandar jauh. takpe, i'm okay :)

aku dah sampai perlis 2 minggu sebelum sem start sebab terrrrjoin jadi ppms. penat jugak jadi pembantu pelajar ni. kerja enjoyy tapi bila dengar dorang kutuk2 kami rasa macam buang masa je. hmm. takpe. pengalaman gittew. mula2 berat hati nak join sebab kena datang awal. haha. puiii. mak pun macam taknak bagi sebab xde orang nak jadi bibik kat umah kott. hehe. tapi abah macam bagi semangat " join laa, bila lagi nak join program universiti buat. boleh kenal kawan2 kos lain". thanks abah. kakak dah dapat ramai kawan. kenal senior2. tahu bahawa susahnya nak berurusan dengan pihak atasan ni T_T

kitorang wajib join kem kat kem paya pahlawan, jitra. best ! buat rakit sendiri, then berakit area tasik tu. macam explorace. ade water confidence bagai. aku under biro pengangkutan. dah hitam dah 2 minggu kerja. haha.


[BIRO PENGANGKUTAN] wan black, pijan, adam, raj, aku, neina, mimiey, waa, efi, fara, yana, ain.

paling sedih, 8hb, dekat2 nak resign ppms, adam eksiden. patah kaki kanan, limpa pecah. moga cepat sembuh teammate !

untuk 2nd intake? rasenya dah malas join. haha. sbb nak pegi konvo nabil kt picc. yeahhhhh.

btw, saya pelajar sem III, tahun 2, electrical energy systems engineering. bismillahirrahmanirrahim.

Thursday, August 15, 2013

cuti- ramadhan- syawal

assalamualaikum..

cuti sem dah nak habis sebab aku bakal jadi fasi kemasukan baru. hahaha. padan muka kene balik perlis awal T_T. cuti sem yang not-so-productive orang kate. hmm. tapi dah takde keje lain tidoq laa watpa lagi ye dak. ceewah. tapi ok lah jugak. nak kerja tu memang nak, tapi taktaw nak kerja ape. lagipun tolong2 mak kat rumah ok lah jugak. dapat lah jugak pahala. amiin. banyak kali jugak fikir nak update blog ni, tapi niat tu terbantut ajo. banyak event ni. nanti aku cerita satu2 lah (kalau rajin) :p

final exam habis 19/6 tapi balik lewat sikit sebab pakcik suruh teman sepupu jap, die ade hal kat kuantan and i'm okayyy :) haritu jugak dapat mesej " abah dah belikan kembara ". alhamdulillah 20 tahun dah ade kereta sendiri hehe. tapi duit parents laa. semoga dapat gunakan sebaiknya. untuk belajar. thanks ma abah. aku tak mintak, tapi abah kate, takpelah, senang kalau ade emergency ke ape. kat sana memang guna bas sepenuhnya tapi kalau terlewat seminit pun, kene tinggal bas terakhir habislaa. aku pernah terlewat sampai redha je tak jawab quiz digit. haha. shhh dont tell my parents laa. tapi alhamdulillah subjek tu dapat A :)

naahhh this is my baby.


abah dah service ape sume dah kete ni. haihhh pemurahnye abah. semoga Allah gandakan rezeki kepada ma abah. panjangkan umur mereka ya Allah. abah try jugak cari kereta auto, sebab die tahu auto kureng sikit manual. "takpelah 2nd hand pun, nanti awak kerja awak carilaa kete sendiri pulak" -abah


1 ramadhan. result dah keluar. unexpected !!!! bukan dekan lagi, takde rezeki tapi result sem 2 lagi tinggi sikit dr sem 1. syukur. cgpa pun layak nak mintak JPA. alhamdulillah. doakan aku kawan2. amiin2. moga murah rezeki. nak merasa scholarship. ptptn 1k/sem agak menyeksakan. sobs. lagi terkejut bila computer programming dapat A-. hehe. sehari sebelum exam punyelaa aku tido je xleh study. pagi sebelum exam pun aku tertidur sambil duduk. what happen farah. haihh. harap sem 3 makin rajin. amiin.


16 ramadhan 1434H bersamaan 24/7/13 naimians batch 0610 buat iftar jamaie kat sekolah. meriah sangat. yang daftar 38 orang sume kot. if not mistaken. ke 48? tapi memang best. ukhuwwah batch ni boleh tahan kuat ye. hehe. tido kat rumah ex-warden, ustazah karimah. meriahhhhhh.



esoknya ke KB mall & bazaar tuk guru. shopping raya kononnya. haha. tak sangka aku drive sampai ke tumpat hantar kemma. bukan xberani bawak sebelum ni, tapi mak yang kurang percaya akan diri ini. lulzzz ayat. lepas dapar 'lesen besar', dia tak cakap ape2 pun. bawak ajerr. hihi


ohhh sebelum pose, sempat keluar dengan kawan sejak sekolah rendah, asma n ferra. minum2 ajo, lame tak dengar khabar. asma baru lepas stpm, dapat kaunseling kat UMT. ferra baru lepas A-level, got rcsi. ireland wehh. jeeless mak. tempat impian kot. rezeki dia. so, raya haritu jumpa ramai jugak. kawan sejak tadika lagi. ini serius ! haha. friendship. 15 years n still counting. kami rapat pun maybe sbb sebahagian mak ayah diorang tu kerja sekali dengan mak. so, still contact each other. here..........


ferra-me-aini-mariyah-mariam-afiqah-azie-asma

azie will fly to newcastle uni. aini kt bandung, medic. mariyah usim, fiqh syariah. mriam kulinari, uitm dungun. afiqah, safety health uitm puncak alam. aku perth...lis. haha. syukur jelah. i'm taking electrical engineering. haha. promot. bijak kawan2 aku ni. tumpang gembira ;) 6s skbs 2005 ^^


raya tak lengkap tanpa warga naimian. ceewah. padahal tahun ni baru beraya dengan dorang. baru boleh drive jauh2 katekan. tahun ni ke pasir puteh. perghhh memang tak percaya. last minute decide. mirah punya pasal. haha. tapi abah aku ok je. suruh pergi beraya. hmm

ghah's


musuh ! haha. i called them sodium (baca: Na) & Potassium Hydroxide (baca: KOH). yeahhh itu nama diorang. Na+ dgn KOH xleh mix kan? haha. lamo dah xblaja chemi :p


sebabkan aku cuti lama, mak belikan bahan2 buat biskut n kek, suruh aku buat. ok laa, buat tambah2 kan. jimat belanja giteww. aku buat biskut badam, cornflakes, cornflakes madu, chocolate rice & popia yang mix susu+gula icing ttu. boleh tahan laku. herherher. popia tu last minit buat. sebab ttahun lepas buat, then dapat request dari sepupu. kek coklat 2 biji habis dalam masa beberapa jam ajo. haha. nak buat lagi tu tak sempat laa. hari first memang bz. selain rendang yang wajib tiap tahun, tahun ni mak buat nasi carrot sebab dapat smbutan tahun lepas. tahun lepas buat sbg tambah2 je sbb nasi himpit nak habis, tapi sebab laku, abah suruh buat lagi. makk oii boleh tahan laa.. tak sempat maghrib dah habis.


baju biru ma xsempat siap. redhaaaaa. btw, mmg tak rancang nak warna biru, kebetulan sama.
 selamat hari raya maaf zahir batin drpd kami sekeluarga ;)


raya. family mak ngah sume balik. anak die mostly 'orang laut'. oil & gas engineer, offshore engineer bla3. adik2 aku dah gila nak kerje offshore lah pulak. haha. RM50 sorang. yeahh untuk sepupu. may Allah bless u abang syam. hehe. ginilah rezeki, sama2 kongsi ye dak. nanti i jadi electrical engineer boleh kongsi2 jugak rezeki tu. amiin mudah-mudahan. 3 tahun lagi oii.


hmmm amende lagi nak tambah, cukup lah kot. hee. doakan sem 3 as electrical engine student berjalan lancar. amiin.


soooooo itulah cerita cuti sem saya. till we meet again.
sekian.




Friday, May 10, 2013

best friend forever

assalamualaikum. berakhirnya #PRU13 #GE13 dengan penuh suka duka. balik kelantan tanpa perancangan. hehe. so, ni nak kongsi pasal one of my bestfriend. hihi. rezeki.

haritu sesaje tweet :


lepas tu ade orang balas:


then, dengan excitednya...



alhamdulillah, tadaaaa





hihihi. gembira. die kate anggap jelaa sebagai "birthday gift" :D aku rase malu pulak nak terima hadiah ni. dah 2 tahun berturut die bagi hadiah. tp aku tak balas pon. haishh. maafkan saya :( btw, thanks sesangat amalina !! terharu :)))  haritu drive pergi amik die, ronda2 tanpa arah tujuan sambil borak2. haha. i miss all my girlfriends ! naim lilbanat awesome ^^

gambar lame :3 innocent. haha. form 3 if not mistaken

Wednesday, April 17, 2013

17 April :)

Assalamualaikum..

sudah lama tidak menulis di sini. hehe. saya sangat sibuk.:'( baru first year kot. tapi still boleh on9 celah mane sibuk ntah. hehe

7.45 p.m genaplah 20 tahun saya bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah ya Allah.20 tahun dah ibu saya melahirkan her only one daughter. hehe. syukran ma :) 20 tahun dah melayan kerenah saya. hehe. I LOVE U ma :* tahun ni aku 'hide' birthday aku kat fb. xde sape wish :( haha. lol saje malas nak tulis. malas nak reply. pon bolehh farah.

terima kasih tak terhingga kepada kawan2 yang masih ingat birthday saya :) saya terharuuu <3

so, i got MATH TEST on my birthday. awesome right? minggu ni saje 4 test. sabar. ni baru ujian dunia :) moga dapat full mark. hihi

kawan2, doakan saya dari segala sudut. doakan saya menjadi seorang muslimah, anak, kakak, sahabat, bakal engineer yang dapat berbakti untuk agamaNya. doakan saya dijodohkan dengan lelaki soleh, yang dapat membimbing saya :p

itu sahaja kot. ayuh sambung study math. yeahh semangat !! :)

Friday, February 22, 2013

semester 2 tahun 1 :)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menuntut ilmu. insyaAllah ilmu yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. dah seminggu menjejakkan kaki di bumi perlis indera kayangan. panas terik ! padang pon kering kontang. minggu pertama semester 2 agak 'free' jadual. next week lab dah start . lecturer pon dah siap bincang nak buat extra class -__- xpe, insyaAllah ada kebaikannya. *positive2*

result sem 1 pun dengan rasminya terpapar di portal. ALHAMDULILLAH. Allah Maha Mendengar doa saya. walaupun tidak segempak kawan2 lain, tetapi ia cukup membuatkan saya senyum sepanjang hari :) parents saya? mungkin mengharapkan lebih dari itu, tapi saya tahu ape yang telah saya lakukan sepanjang sem lepas. semoga sem 2 lebih rajin. dan amalan kepada-Nya harus dipertingkatkan. tahajjud? insyaAllah doa2 kan.

skema nya ayat. BM aku A+ kot. haha

 so, semester 2 sidang akademik 2012/2013. 18 jam kredit. moga tidak pening2 lagi. hehe. mohon lecturer sem ni tak bagi assignments time study week lagi. mohon sangat. sobs. saya dah trauma sem lepas kene siapkan 3 assignment time study week. tapi sumenye ok. thanks Allah :)

sem ni 7 subjek termasuk KO. 1 subjek takde final exam. engineering skills. praktikal weiii. 6 jam seminggu kelasnya.

 1
 ECT111
 Kemahiran Kejuruteraan [Engineering Skills]



 2
 EET107
 Elektronik Digit I[Digital Electronics I]


 3
 EET109
 Peranti Elektronik [Electronics Devices]
 


 4
 EET110
 Asas Pengaturcaraan Komputer[Basic Computer Programming]



 5
 EQT102
 Matematik Kejuruteraan II[Engineering Mathematics II]
 


 6
 UUT122
 Kemahiran dan Teknologi Dalam Komunikasi[Skills and Technology in Communication]


 7
 UZW123
 Pandu Putri Siswi II (PPS II)[Girl Guide II (PPS II)]

hmmm. so far ok laa. kelas engineering skills tu agak fun. main2 mesin even class first aku blurr teramat sangat ape nak buat. nasib baik ade partner. haha. mak pesan " jangan bagi nampak sangat kita tak reti, jangan bagi laki je yg buat, belajar2, tak reti tanya". tapi milling machine dah tinggal kesan dekat muka. alah sikit je. hahaha. cebisan logam tu melayang.

unimap banyak laa jugak kelas praktikal. fun2. pasni buat wiring pulak. haha. see, ada hikmah aku dapat engineering kan. aku takleh bayang kalau aku dalam "MEDIC" sekarang. tersengguk-sengguk mungkin? hehe.

apapun, semua dah dirancancang dengan rapi oleh-Nya. selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar wahai rakan2 seperjuangan tak kira jurusan ape mahupun di mana anda jua anda berada. bittaufiq wannajah :)

sekian

Sunday, February 10, 2013

the feeling of being compared

Assalamualaikum. salam penghujung cuti sem 1 -.-

pernah rasa di'compare' dengan orang sekeliling kita tak? oh well, aku dah lali dengan benda ni tapi kekadang tak amik hati pon. take it positive lah kan. tapi tadi aku agak sensitif, mungkin umur dah dekat 20 tapi still kena banding2 ni rasa tragik sangat kot. :/

tadi masa kat rumah nenek, pakcik aku tnya study macammane and result ok tak ape sume. aku jawab lah alhamdulillah laa ok and result tu cukup lah dengan usaha aku. 3 and something tak cukup 3.5 seperti yang diimpikan. haha. next sem laa ye. insyaAllah. and ade suatu suara sumbang berbunyi " A (merujuk kazen aku) tu bagus selalu je DL, dah laa aktif sukan" then sorang lagi balas "alaaah die tidur banyak, main banyak pun dia rajin baca buku, kita ni nak bukak buku pun malas". oh myyyy sedih betei. kenapa nak compare2 camtu. sobsob.

sebenarnya bukan nak kata apa lah, A yang dimaksudkan tu budak dip and aku degree. ye, bukan nak cakap budak dip senang degree susah. aku engineering and die akaun. bukan nak kata aku belajar lagi susah, course aku lagi susah tapiiii yelah, sama2 ada kelemahan dan kelebihan kan. at least jaga air muka aku depan kazen2 aku woo. pointer tak seberapa. haihh tsk.

dulu selalu jugak kena compare sebab kazen yang sebaya aku ade 3 termasuk aku. so, kalau hari result exam tak kira upsr pmr spm, mesti lah aku serabut kalau nak fikir 2 orang ni. tapi alhamdulillah kami bertiga straight A except for spm lah. haha. dua2 dapat SBP masa form 4, aku je tak dapat, so pmr aku tak berkualiti? lantak hanggg. haha. aku tak amik port dah orang nak compare lepas tu sebab rezeki masing2 kan.

kalau parents aku, dia tak compare sangat bab pelajaran dengan adik-beradik tapi mak selalu compare camni " abang tu kalau dengar je azan terus amik wudhu' pergi surau, cuba ikut die" haaa. amik kau.

so, konklusinya, kena compare ni mula2 akan rasa down giler tapi bila fikir balik, ayat2 pedasss diorang ni jadi self-motivated pulak kat aku. sometimes lah. haha. so, terima kasih atas kutukan membina ini ~.~

seminggu lagi cuti sem akan berakhir, moga dapat diluangkan dengan berfaedah.
 SEM 2, moga ada harapan untukku :)) amiin.






Thursday, January 24, 2013

setelah sekian lama...

Assalamualaikum..

sudah lama tidak menulis di sini. hurmm, bukan takde mase, cuma malas nak bukak blog ni dan taip panjang2. hehe. padahal fb & twitter on sajaaaa.
ok, 8 januari bermakna habislah sem 1 aku di unimap. so sekarang sedang berehat dengan senang hatinya di rumah. sem 1 berjaya ditempuh dengan jayanya *err*. alhamdulillah. tapi subjek math sangat mengecewakan diri ini. dush2. sedih. apa2pun kita redha dan tawakkal aja. sem 1 ada 7 subjek --> BM / BI / TITAS/ hubungan etknik / electric circuit / engine math / engine sc.

sem 1... haihh, susah nak cakap hidup kat sana macam mana. kalau nak banding UM memang jauh beza lah dari segi fasiliti tapi aku syukur dah. rezeki Allah kan aku dapat sana. tapi sem 1 ni emosi agak tak stabil.. pernah menangis secara tetibe. haha. sebenarnya sebab pikir bende yang men'konfius'kan diri. pernah ada masalah dengan someone sebab tertentu. aku sabar je dengan perangai die then terluah dekat mak. huu, the only one who care about my problems. sobs. sedih pulakk.

result tak keluar lagi. on the way nak keluar dah. moga2 ada berita gembira. insyaAllah. doa-doakan :)

salam Maulidurrasul 1434 H :) selalulah mengingati baginda s.a.w (selawat) moga kita mendapat syafaat di akhirat kelak. amiin

Friday, September 14, 2012

here i am, UniMAP !

assalamualaikum..

2 hb lepas, selamat mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Perlis. buat masa sekarang, masih dalam proses menyesuaikan diri. hmm, tapi agak boring sebab aku takde member rapat pun :( redha jelah. selamat bergelar mahasiswi kejuruteraan elektrik sistem tenaga di bawah Pusat Pengajian Kejuruteraan sistem elektrik. kuliah aku ade 5 orang foreigner, 4 sudan dan seorang Yaman. so far so good. kelas majoriti lelaki.

kolej kediaman dan kampus aku jaraknya setengah jam perjalanan dengan bas. tsk tsk. jauhhhhnye. abah, buy me a car pleasee. haha.

takde mood nak type entri panjang2. haihh. akan update kemudian hari jika berkesempatan.

Thursday, August 30, 2012

hai2. sila stalk saya :p

assalamualaikum. Selamat hari raya 1433H ! ;)

haha. busy bebenor aku lepas 2 minggu raya baru wish. bukan lah, malas bukak laptop and menaip. ntahlerr takde idea barangkali & takde org bace kalau aku tulis pun. hahah. lol. 

banyakkkk sangat benda nak cerita tapi macam aku cakap malas nak taip. hee. raya kali ni aku buat sendiri beberapa jenis kuih raya & kek. dapat pujian sape tak suka kan. gitewww. haha. sebab cuti lama sangat so buat jelah kan. boleh gak save badget family aku ni. oh ya, tahun ni family aku semua pakai jubah. save bajet ! hehe. ntahlaa tetibe semua taknak beli baju melayu, so, aku decided hero-hero malaya umah aku ni pakai jubah je. cadangan diterima !


this is my simple family. alim style. hikhik


hmm.dah 4 bula lebih aku menganggur. aku jadi bibik kat umah jer. eh, tapi berat badan maintain 40 kg. err takde kaitan eh? haha. dulu ade rase gak nak keje tp akhir bulan 5 tu pergi umrah, aku rase ssh plak nak keje then cuti pastu letih ape semua. ahh alasan. esok dah nak pergi perlis. woot woot. sedihnyeee. tapi belajar lillahitaala. insyaAllah dipermudahkan.


aku sebenarnya nak update pasal kuar date ngan member naim lilbanat semalam. mc qist dtg amik dgn suzuki swift !:) memang gembira sangat even berdua dengan mc qist and mirah je. sebabnyaaa, aku memang gelak tak ingat dunia. gelak dari hati yang tulus murni ini. cewahh


kawan naim relax je kalau gurau suruh belanja, mmg belanja trus ah singgit dua tu. haha. setakat seposen dua tu tak berkira. dah anggap macam ade beradik. aku ade experience ngan bukan budak naim ah. seposen pun berkira weii. mmg laa susah kawan macam ni.

tapi tak bermakna kawan2 pasum tak awesome. ni sebab dah hidup 5 tahun dah ngan bebudak naim. sobsss. really miss you naimians0610.


btw, doakan aku kat unimap. ade mase and line ok aku update la eh. hehe. kbai. wassalam







Sunday, July 15, 2012

i'm electrical engineer-to-be. insyaAllah :)

Assalamualaikum.

13 julai 2012, semua budak yang lahir tahun 1993 lepasan matrik/asasi akan tertunggu-tunggu tarikh ni. termasuk aku. pagi tu around 10.30 ade orang bagitau result dah boleh check tapi aku tak xcheck pun. pergi rumah mak sedara sebab ade akikah. kawan2 duk tanye dapat mane juz cakap tak check lagi lah kan. hehe. balik dah nak maghrib, lepas mandi segala, aku relax lagi. nape ntah aku tak berminat nak check UPU bagai ni. haihh. mak semangat suruh check.

so, this :


terkejut. menangis ade sume. haha. aku manusia biase tak reti nak bersyukur. astagfirullahalazhim. so, sekarang dah terima kenyataan. mula2 dapat aku kerap mempersoalkan, kenapa electrical? kenapa UniMAP? kenapaaaaa? sob3. trustly aku menangis. haha. tak matured . nampak sangat. 

"sebenarnya Allah letak kita kat satu-satu tempat tu yang tebaik dah"-Abah :'( . should thanks both my parents, giving me inspirations. ma saya adalah mama yang terbaik buat aku. yeahh, sape tak sayang mak sendiri. die ade tepi aku mase aku nangis. haha. tak tak, tak nangis dah, farah mesti tabah !

aku sedih ade sebab sebenarnya, ade cakap " dapat UniMAP je?". takpelah, aku dah sedar sekarang, dulu kat pasum aku tak perform leklok. and aku dah anggap tu sebagai pembakar semangat sebenarnya. mane tahu every sem aku dapat dekan? ceewah. berangan. insyaAllah. who knows rite? doakan aku :) perancangan Allah lebih teratur. #SelfReminder


683 applicants with CGPA above 3.00 failed to receive any offers as they only agreed to accept options stated in their applications! -ini lagi pedih sebenarnya-

abang, aku, adik. semua ke arah engineering nampaknye. haha. aircraft maintainance, electrical, offshore. May Allah bless us. semoga dapat membalas jasa ibu bapa kami kelak :)

so, Assalamualaikum PERLIS, Assalamualaikum UniMAP, Assalamualaikum electrical :) kawan-kawan, doakan kita sama-sama berjaya ok? jazakallah. May Allah bless us.

Monday, July 2, 2012

umrah & ziarah :)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian.


post kali ni tiada niat untuk bermegah sekalipun. tQ

dah lama tak update kat sini. nak kate takde mase tu tak jugak sebab sekarang tengah cuti dengan senang hatinya :D tapi macam malas. hmm, i dont know why.
so, harini dah 3 minggu lebih aku balik dari tanah suci Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang tidak terhingga ini. Allah seru aku dan keluarga sekaligus untuk ke sana. subhanallah.
abang je tak dapat join sebab tgh final exam.

kota bharu --> kuala lumpur --> colombo --> kuwait -->jeddah

perjalanan yang amat memenatkan. sepatutnya direct terus dari KL ke madinah tapi Allah dah rancang sebaik-baiknya. bermalam di colombo semalaman dan transit di kuwait untuk beberapa jam.

first time masuk masjidil haram dan dapat bertentang mata dengan dengan kaabah, terasa sayu di hati. subhanallah. akhirnya air mata kegembiraan menitis di depan kaabah. Allah, aku rindukan baitillah, again. :( aku berpeluang solat di dalam hijr ismail. siapa sangka kan, hijr ismail sangatlah sesak tapi Allah dah bagi peluang untuk aku rasa solat dalam kawasan tu. lepas tu, Allah bagi pulak peluang pegang kaabah, Allah, kali ni memang aku sebak. aku menangis sambil pegang kaabah. terasa diri ini begitu kerdil di sisiNya.



suhu kat sini sangattt panas. sebab sekarang musim panas. hoho. ade hari yang lebih 50 degree. so, boleh bayang tak? syukur la kite kat Malaysia musim kemarau pun takdela suhu terlampau tinggi kan. yang paling teruk demam adik aku. orang lain biase2 saje.

sekitar hajarul aswad

selain menunaikan umrah, jemaah turut dibawa melawat tempat2 bersejarah contohnye ladang unta, hudaibiyah, jabal rahmah, dll. kat mekah ni, alhamdulillah family aku ramai yang bermastautin kat sini. moyang sedara, tok sedara, sepupu mak. ade yang dah kahwin dengan orang arab sini. comel gile anak die!! adik aku pun berkenan. haha .3 malam turut-turut makan besar. maksud aku, makan kibas sedulang. hoho. orang arab memang makan banyak. so, kalau orang Malaysia makan memang tak abis lah.


kibasssss.


hudaibiyah


family @ bukit safa

siblings :) jabal rahmah

perjalanan menuju ke madinah menaiki bas. 440km dari mekah. perjalanan hampir 6-7 jam kot. jangan risau. jalan kat sane lurus, bukan macam kat sini. so, takdelah pening sangat. kat Madinah ni tenang tak same macam kat Mekah. tapi aku lagi rindu suasana kat mekah. mungkin sebab kat sane lagi lame dr Madinah. kat sini boleh lawat makam Rasulullah dan para sahabat. selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.w.t.  perkuburan baqi', hanya jemaah lelaki yang dibenarkan masuk dekat. begitu juga makam nabi dan sahabat. so, untunglah wahai kaum lelaki sekalian. raudhah- salah satu dari taman syurga. nak masuk sini susah untuk kaum perempuan, banyak stages.

kat Madinah pun banyak tempat bersejarah. masjid quba', jabal uhud. ladang kurma pun pergi.

balik mekah, aku batuk teruk 2 minggu berturut-turut. batuk sampai keluar air mata, takleh tido and so on. alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya.

terima kasih banyak2 kt ma abah sebab mereka, umur belasan tahun aku dah jejak tanah haram, pengorbanan mereka hanya Allah sahaja yang tahu. syukur ke hadratMU Ilahi. moga Allah perkenankan doaku untuk ke sana lagi. InsyaAllah.

psst: got no idea. maybe akan di-edit balik. hehe. got things to do. wassalam






Thursday, April 19, 2012

D3 crews

D3 crews, Batch 35 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya :)


terima kasih atas semua kenangan. 

ikram, kimiey, farid, boss, faez, safwan, os, fadzli, iin, hilmi, 
amar, paan, hassan, syamir, fakhrul, azam,
farah, nadia, sella, anis, najla, syikin.



semoga ukhuwwah kita berkekalan. walaupun aku tak rapat sangat dengan korang, trust me, 
still, I MISS YOU ;)


kenangan buka puasa di klcc, hangout di OU, daki bukit broga. 
insyaAllah aku takkan lupa.

insyaAllah ada jodoh jumpa lagi. semoga ukhuwwah yang terjalin selama 11 bula ini berkekalan 
sampai bila-bila. amiin.

Tuesday, April 17, 2012

happy 9teen birthday to me :D

assalamualaikum.

alhamdulillah, praise to Allah. thank ma abah of giving birth to me. without you, i'm nobody in this world. moga aku terus istiqamah dalam menjalani hidup ini, insyaAllah.


the real me a day before celebrating 9teen bday :D


berkongsi birthday dengan amal :)

semalam lepak dengan budak group. just kimie, farid, ikram and nadia. tengok cerita cinta kura-kura berjemaah :p spending masa2 terakhir sebenarnya sebelum diorang balik harini. huuu. thanks all for the wishes. really appreaciate it :) terharuu sape2 yang btol2 ingat :))

Monday, April 16, 2012

broga hill for the first time :)

such a nice memory. lepas midsem haritu nadia, my groupmate ajak naik broga tapi tak jadi. at last, nadia msg, "farah, free tak esok? nak ajak naik broga pukul 3 pagi" haha. ak eksaited sangat. padahal mase tu demam. usaha sebaiknya makan ubat suruh kebah. hehe


seven of us:) first group sampai untuk tarikh keramat 16 april :D


bertolak dari UM around 2.45 pagi. 2 buah kereta. Ikram jadi driver. kete satu lagi hazwan.nak sampai sane around 40 minit je kot. start mendaki pukul 4 dan sampai puncak pukul 5 selepas beberapa kali berhenti. kaki nadia cramp banyak kali. 


aksi gedik dr kimie. hehe. gedik2 pun 4 flat XD


bakal 4 flat even tak gedik macam kt atas :p


nadia, groupmate a.k.a my bestfriend :) thanks to her. kalau dia tak ajak, tak merasa aku naik broga :D


mase tengah sembahyang, group 2nd sampai. alhamdulillah, tenang je semayang atas bukit. berjemaah 7 orang. turun bukit around 7.30 pergi masjid bersihkan diri then sarapan kat bandar kajang.


then kitorang pegi Sekolah Alam Shah sebab kimie, farid and adli nak pi amik sijil SPM dorg. haha. best jugak masuk sekolah dak laki ni. untunglerrr ada kawan budak SAS :))



ex-SAS termasuk aku dgn nadia. hihi

heading back to UM. thanks to the memory. thanks kawan2 yang sporting sangat. never expect to leave PASUM's friends with this sweet memory. thanks kimiey, farid, ikram, hazwan, adli and nadia. hope to see you agai,kawan.